Telefilem Pinang Durian Di Tonton

Telefilem Pinang Durian Di Tonton

Saksikan telefilem original Pinang Durian yang akan menemui penonton mulai 9 Ogos 2023, bersiaran pada hari Rabu dan seterusnya secara eksklusif di web www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Cerita ini merupakan inspirasi daripada karya Allahyarham Mamat Khalid dengan tajuk yang sama 'Pinang Durian' yang pernah ditayangkan pada tahun 2000.

Mungkin kita biasa dengar tentang filem-filem Zombi Kampung Pisang jika berkaitan dengan beliau, tetapi sebenarnya ada sebuah drama yang dihasilkan dan mendapat pengiktirafan.

Karya asal Pinang Durian tersebut pernah tersenarai top 5 untuk Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2001. Pada ketika itu jugalah, Mamat Khalid dinobatkan sebagai pengarah terbaik menerusi drama tersebut.

Telefilem kali ini diterbitkan oleh syarikat produksi Along Kamaludin Production dan diarahkan oleh penerbit itu sendiri iaitu Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Azlina Din.

Telefilem Pinang Durian Di Tonton

Sinopsis Telefilem Pinang Durian

Telefilem Pinang Durian menampilkan barisan pelakon seperti Khai Bahar, Tiz Zaqyah, Farouk Hussain, Usop Wilcha, Din Dangerous Kiah Propa, Syanie Hisham, Delimawati, Along Kamaludin, Josiah Hogan, Anas Ridzuan, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

  • Khai Bahar sebagai Hamid
  • Tiz Zaqyah sebagai Intan
  • Farouk Hussain sebagai Maidin
  • Usop Wilcha sebagai Seman
  • Kiah Propa sebagai Mak Mah

Ianya mengisahkan tentang pasangan bercinta dari dua warga Gopeng dan Pulau Pinang iaitu Intan dan Hamid yang terhalan gara-gara perbalahan kedua-dua bapa mereka.

Permusuhan antara Maidin dan Seman telah tercetus sejak 18 tahun lalu dimana ianya berpunca daripada insiden buah durian.

Adakah akhirnya nanti Hamid dan Intan mampu untuk mempertahankan cinta mereka? Dan adakah mereka juga mampu untuk mendamaikan perang yang sudah lama tercetus?

Langgan Tonton Untuk Telefilem Pinang Durian

Jadi untuk anda yang ingin menonton telefilem Pinang Durian, anda boleh saksikan menerusi aplikasi TONTON. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM9.90 sebulan untuk mendapatkan akses kesemua kandungan.

Telefilem Pinang Durian Di Tonton

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Pinang Durian Di Tonton"