Telefilem Tentang Ogos Di TV2

Telefilem Tentang Ogos Di TV2

Saksikan telefilem Tentang Ogos yang akan menemui penonton pada 28 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang dibawakan sempena bulan Kemerdekaan ini merupakan terbitan syarikat produksi Early Bird Productions Sdn. Bhd, diarahkan oleh Yus Yusop dengan nukilan skrip daripada Naza Manas.

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos

Telefilem Tentang Ogos menampilkan barisan pelakon seperti Eman Manan, Syafie Naswip, Hilal Azman, Umar Al-Amsyar, Zack Zabhas, Ammar Bahri, Sri Idrina, Shahkimin, Siti Ruwiyani, Naque Ariffin dan ramai lagi.

  • Eman Manan sebagai Ismail
  • Syafie Naswip sebagai Ishak
  • Hilal Azman sebagai YN Dato Omar
  • Sri Idrina sebagai Misha
  • Zack Zabhas sebagai Borhan
  • Shahkimin sebagai Eric

Ianya mengisahkan tentang Ismail iaitu seorang bekas tentera masih dibayangi rutin tugasnya masuk hutan memburu komunis yang dianggapnya masih menjadi ancaman negara.

Disebabkan sikapnya tersebut yang dilakukan setiap hari sehingga beliau dianggap nyanyuk oleh orang kampung.

Namun kebiasaannya itu akhirnya memberi manfaat kepada penduduk kampung kerana Ismail berjaya membongkar sindiket menyeludup minyak bersubsidi.

Telefilem Tentang Ogos Di TV2

Telefilem Tentang Ogos Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Tentang Ogos Di TV2"