Filem Adoiii Jiwaku - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 7 September Ini

Filem Adoiii Jiwaku

Saksikan filem Adoiii Jiwaku yang akan menemui penonton, dimana ianya akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 September 2023 (Khamis) hingga seterusnya.

Filem ini banyak mengenengahkan erti setia kawan dan persahabatan dalam bentuk komedi. Bukan itu sahaja, ianya juga menitik-beratkan nilai murni dalam membentuk masyarakat majmuk.

Adoiii Jiwaku merupakan arahan Steve Yap dan diterbitkan oleh kerjasama antara Lomo Pictures Sdn. Bhd., MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru.

Filem Adoiii Jiwaku

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Adoiii Jiwaku seperti Steve Yap, Ali Arami, E. Ramanamohan, Amber Chia, Allahyarhamah Adibah Nor, Daniel Sher, Anuar Abd Hamid, Pablo Amiru dan ramai lagi.

  • Steve Yap sebagai Dia
  • Ali Arami sebagai Ayis
  • E. Ramanamohan sebagai Malesh
  • Adibah Noor sebagai Munah
  • Amber Chia sebagai Sue
  • Pablo Amirul sebagai Pablo
  • Anuar Abdul Hamid sebagai Ayah

Sinopsis Filem Adoiii Jiwaku

Filem Adoiii Jiwaku mengisahkan tentang tiga orang rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel.

Oleh kerana personaliti dan pendapat serta pandangan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri.

Dalam satu peristiwa yang bermula dengan gurauan di pejabat, satu renjatan elektrik menyebabkan Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain.

Jadi, sudah tentu mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan mereka terpaksa tinggal dan hidup di dalam badan orang lain. 

Ketiga mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

Sia belajar untuk melihat melalui  perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.

Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka.

Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga tiga rakan ini ditimpa musibah? Bagaimana mereka dapat mengatasinya? Adakah mereka akhirnya terus menjadi sahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita? 

Ini bukan filem Cina, bukan filem Melayu, bukan filem India, tetapi ialah sebuah Filem Malaysia. Saksikan di pawagam berhampiran dengan anda sekarang.

Filem Adoiii Jiwaku

Filem Adoiii Jiwaku

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Adoiii Jiwaku - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 7 September Ini"