Telefilem Hassan Turbo Di TV3

Telefilem Hassan Turbo Di TV3

Saksikan telefilem Hassan Turbo yang akan menemui penonton semula pada 16 September 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 yang mengetengahkan aksi muay thai ini merupakan terbitan syarikat produksi Balang Rimbun Sdn. Bhd., diarahkan serta penulisan skrip daripada Sabri Yunus.

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo

Telefilem Hassan Turbo menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Saidi Sabri, Engku Salwani, Engku Hanafi, Laila Nasir, Issey, Afifah Nasir, Ladin Nuawi, Muhammad Waqqawi, Robin Lai dan ramai lagi.

  • Pekin Ibrahim sebagai Hassan Turbo
  • Saidi Sabri sebagai Duan
  • Engku Salwani sebagai Salmi
  • Engku Hanafi sebagai Pok Su Nor
  • Laila Nasir sebagao Mok Su
  • Issey Fazlisham sebagai Salih
  • Afifah Nasir sebagai Diyana

Ianya mengisahkan tentang Hassan Turbo yang diminta menjejaki Duan Betis Besi kerana melarikan anak Tok Guru Muay Thai mereka iaitu Salmi.

Duan berbuat demikian kerana berdendam dengan Hassan dan Tok Guru kerana menyebabkan kekalahannya dalam perlawanan Muay Thai.

Salmi pada awalnya menyukai Duan namun setelah mengetahui sikap sebenar Duan dia mula tawar hati.

Hassan berjaya menjejaki Duan di Kuala Lumpur. Sebaliknya Duan membuat pertaruhan jika ingin dapatkan semula Salmi, mereka perlu bertarung semula dan Salmi akan dijadikan sebagai ‘hadiah'.

Telefilem Hassan Turbo Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Hassan Turbo Di TV3"