Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi Di TV3

Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi Di TV3

Saksikan telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi yang akan menemui penonton pada 29 September 2023, hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 yang dibawakan semula sempena Maulidur Rasul ini merupakan terbitan syarikat produksi Anomali Media, diarahkan oleh Khairul Rizam dengan nukilan skrip daripada Sofia J.

Sinopsis Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi menampilkan barisan pelakon seperti Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Aleza Shadan, Razak Ahmad, Erul Samah, Bidin Al Zaifa, Ropie, Johan As'ari dan ramai lagi.

  • Nafiz Muaz sebagai Adam
  • Eyka Farhana sebagai Felora
  • Aleza Shadan sebagai Mama
  • Razak Ahmad sebagai Papa
  • Erul Samah sebagai Epit
  • Bidin Al Zaifa sebagai Nopal
  • Ropie sebagao Abang Pico
  • Johan As'ari sebagai Thaqib

Ianya mengisahkan tentang seorang lelaki berumur 22 tahun bernama Adam yang ingin berubah dari seorang gangster kepada seorang yang baik.

Perubahan Adam berlaku apabila dia berjumpa Felora yang membantunya ketika teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster.

Felora mengajak Adam untuk memasuki pertandingan nasyid anjurannya. Rakan-rakan gangster Adam mentertawakannya kerana menganggap gangster tak boleh bernasyid.

Mereka terkejut apabila Adam memberitahu mereka pertandingan itu menjanjikan hadiah wang tunai. Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi Di TV3"