Telefilem Pencipta Pegang Waktu Di TV3

Telefilem Pencipta Pegang Waktu Di TV3

Saksikan telefilem Pencipta Pegang Waktu yang akan menemui penonton pada 22 September 2023, bersiaran pada hari Sabtu menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Primeworks Studios & Gambo.TV, diarahkan oleh Zainor Hisyam Zamudin dengan nukilan skrip dan idea asal masing-masing daripada Siti Jasmina Ibrahim dan Que Haidar.

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu

Telefilem Pencipta Pegang Waktu menampilkan barisan pelakon seperti Que Haidar, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Haidin Nasir, Azman Hassan, Syamel, Azri dan ramai lagi.

  • Que Haidar sebagai Zee
  • Fauziah Dato' Ahmad Daud sebagai Mama Sha
  • Puteri Balqis sebagai Balqis
  • Khir Rahman sebagai Zaman
  • Jalil Hamid sebagai Hj. Ahmad
  • Haidin Nasir sebagai Ayie
  • Azman Hassan sebagai Ratih

Ianya mengisahkan tentang hubungan Zee dan abangnya iaitu Zaman yang dingin kerana abangnya malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'.

Ayah mereka ialah bilal di kampung dan tegas dengan Zee dan Zaman tapi tak pernah marah dan tidak pula pernah suka Zee dipanggil begitu. Hanya ibu yang memahami.

Selepas ibu meninggal dunia, Zee rasa kehilangan yang menyeksanya. Dia hilang tempat berlindung. Zee mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung dari arwah ibu.

Disebabkan itu, Zee ingin bekerja di bandar dan mahu berjaya dengan bakatnya. Zaman kecewa melihat keadaan adiknya yang tidak pernah berubah dan semakin lembut.

Zee cuba fahamkan abangnya tapi Zaman tak terima. Ibu sudah tiada dan ayahnya banyak memendam perasaan. Zee membawa diri ke bandar.

Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.

Telefilem Pencipta Pegang Waktu Di TV3

Telefilem Pencipta Pegang Waktu Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Pencipta Pegang Waktu Di TV3"