Filem Gemencheh Boys Di Pawagam Mulai 26 Oktober Ini

Filem Gemencheh Boys Di Pawagam Mulai 26 Oktober Ini

Sebuah filem berdasarkan kisah benar dan pastinya akan memberi inspirasi kepada semua penonton bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 Oktober 2023 menerusi filem Gemencheh Boys.

Filem arahan bersama Jason Chong dan Eric Ong ini membawakan sebuah kisah tentang seorang guru bernama Cikgu Azman yang berjaya membentuk enam pelajar menjadi atlet kriket yang hebat.

Meskipun tidak bermain dan bukan atlet kriket, tetapi beliau mampu menjadikan sukan tersebut menyelami setiap hati-hati budak Felda tersebut.

Info Filem Gemencheh Boys

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 26 Oktober 2023 (Khamis)
Penulis Skrip : Jason CHong
Pengarah : Jason Chong dan Eric Ong
Produksi : Stories Of Live Pictures dan Astro Shaw

Filem Gemencheh Boys Di Pawagam Mulai 26 Oktober Ini

OST Filem

Tajuk Lagu : Siapa Kami
Artis : W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok

Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Gemencheh Boys ini ialah Pekin Ibrahim, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Farah Ahmad, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan ramai lagi.

Manakala enam tunggak utama tersebut ialah adik Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq.

  • Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Azman
  • Aqil Yaya sebagai Shafiq
  • Syed Ahmad sebagai Rashid
  • Ayiet Harith sebagai Fauzi
  • Kimi Norais sebagai Amin
  • Izzue Deen sebagai Sukri
  • Amir Kuziq sebagai Azad

Sinopsis Filem Gemencheh Boys

Filem Gemencheh Boys mengisahkan tentang Syafiq, Amin, Fauzi, Rashid, Azad dan Sukri iaitu enam budak lelaki berusia 10 tahun yang tinggal di Bukit Rokan, Gemencheh digelar "enam jahanam" kerana sentiasa menimbulkan masalah.

Sama seperti kebanyakan orang sebelum mereka, budak-budak itu tidak mempunyai apa-apa untuk dicita-citakan dan masa depan nampaknya tidak begitu menjanjikan sehinggalah mereka bertemu dengan Cikgu Azman.

Ditugaskan oleh Guru Besar Sekolah untuk mengeluarkan budak-budak terbabit dalam masalah sosial dan menubuhkan pasukan kriket sekolah untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Dengan berbekalkan keringat tulang 4 kerat dan tiada ilmu dan kemahiran profesional untuk melatih pasukan tersebut. Cikgu Azman berjaya menubuhkan pasukan kriket untuk wakil Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (SKBRU).

Akan tetapi pelbagai kekangan, masalah modal, peralatan kriket dan paling utama sokongan ibu bapa mengugat semangat mereka untuk berjaya.

Walaupun pelbagai halangan mereka bangkit setiap kali perlawanan dan berjaya menjadi Juara Negeri Sembilan. Impian mereka terus membara untuk menjadi pemain kebangsaan satu hari nanti.

Berjayakah mereka dipilih menjadi pemain kebangsaan? Saksikan Gemencheh Boys di pawagam berhampiran anda.

Filem Gemencheh Boys Di Pawagam Mulai 26 Oktober Ini

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Gemencheh Boys Di Pawagam Mulai 26 Oktober Ini"