Dapat Diskaun 40% Di Inside Scoop Setiap Hari Isnin

Dapat Diskaun 40 peratus Di Inside Scoop Setiap Hari Isnin

Baru-baru ni baru aku perasan yang mana kedai aiskrim premium, Inside Scoop ada buat promosi 40% diskaun untuk single scoop pada setiap hari Isnin.

Sebenarnya itulah kali pertama aku jejakkan kaki masuk ke kedai Inside Scoop untuk makan aiskrim yang mana semua tahu rasanya, harganya agak premium sama seperti Baskin Robin. Tapi sedap juga lah.

Tapi dengan langkah pertama itu juga, rezeki untuk aku ketika itu sebab sebenarnya Inside Scoop ada buat promosi dan sebenarnya ianya telah lama diadakan dan aku tak perasan pun.

Kalau ikut informasi daripada website, promosi 40% Off Every Monday daripada Inside Scoop ini ada sejak bulan Julai 2023 dan masa aku jejak pada bulan Oktober, ianya masih berjalan lagi.

Jika pada mulanya teragak-agak, lepas tengok papan iklan yang diletakkan di depan kedai, aku terus masuklah Inside Scoop cawangan East Coast Mall, Kuantan ni dan order single scoop. Of course masa tu hari Isnin.

Harga Aiskrim Inside Scoop

Untuk aiskrim yang dijual di Inside Scoop, terlebih dahulu anda kena pilih saiz iaitu Single, Double atau Triple Scoop. Tapi kalau nak tukar kon waffle dan bukan cup, kena tambah RM2.00. Akhir sekali baru pilih perisa aiskrim.

  • Single = RM9.50
  • Double = RM16.50
  • Triple = RM23.50

Untuk perisa aiskrim pula ada 3 jenis; yang biasa tiada penambahan harga, kalau premium flavours kena tambah RM2.00 dan kalau double premium flavours tambah RM4.00. Nak tahu perisa apa, ada pada peti simpanan aiskrim tersebut.

[Double Scoop + perisa Cookies + Cream] = RM9.50 sahaja

senarai harga dan perisa aiskrim inside scoop

senarai harga dan perisa aiskrim inside scoop

Syarat Untuk Dapatkan 40% Diskaun Aiskrim Inside Scoop

Tapi nak dapatkan diskaun ni, ada syarat-syarat yang ditetapkan seperti

  • Diskaun 40 peratus Single Scoop terhad untuk 1 kali penebusan pada setiap pengguna setiap hari Isnin. Boleh tebus sekali je setiap hari.
  • Hanya sah di kedai Inside Scoop darip mula buka hingga pukul 7.00 malam setiap hari Isnin kecuali cuti umum
  • Termasuk semua cawangan Inside Scoop kecuali B.I.G Publika dan IPC Shopping Center
  • Boleh tukar kepada waffle, cones dan mochi tapi kena tambah duit

Cara Dapatkan 40% Diskaun Inside Scoop Setiap Hari Isnin

Jadi dah tahu syarat-syarat, sekarang masa untuk anda tebus dan dapatkan diskaun 40% aiskim tersebut denga ikut langkah dan cara berikut

1.  Pergi ke kedai Inside Scoop dan scan kod qr yang disediakan

Dapat Diskaun 40 peratus Di Inside Scoop Setiap Hari Isnin

2.  Kemudian masukkan nombor telefon

3.  Anda akan terus menerima kod voucher melalui SMS

Dapat Diskaun 40 peratus Di Inside Scoop Setiap Hari Isnin

4.  Akhir sekali, bagi tahu nak single scoop aiskrim, pilih perisa dan tunjukkan kod voucher anda di kaunter pembayara. Serta merta akan menerima potongan atau diskaun 40%.

Tips: Aiskrim tu boleh rasa dulu tau, minta la nak rasa percuma je. Tak tahu la boleh rasa semua ke tidak. Boleh cuba hahaha

Dapat Diskaun 40 peratus Di Inside Scoop Setiap Hari Isnin

Jadi pada hari tersebut, aku order Single Scoop dengan perisa Cookies + Cream yang sepatutnya berharga RM9.50. Sebab dapat 40% diskaun = RM9.50 - 40% = RM5.70 yang aku kena bayar.

Info lanjut, boleh tengok di pautan Inside Scoop disini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post