Review Filem Ballerina Netflix, Kisah Balas Dendam Disertakan Dengan Aksi Mendebarkan
Netflix baru sahaja mengeluarkan sebuah filem original Korea mereka terbaru bertajuk Ballerina. Kini menjadi antara top 10 tayangan di Netflix Malaysia. Jadi aku berkesempatan untuk menontonnya.
Masa trailer dikeluarkan sebelum itu nampak macam menarik dah bile watak wanita yang menjadi teraju utama melakukan aksi fighting dan menembak. Jadi lagi nak tengok la lepas tu.
Kemudian perasan watak utama tersebut merupakan pelakon Jeon Jong-Seo sebagai Jang Ok-Ju dalam filem ini merupakan pelakon yang sama memegang waktu Toky dalam Money Heist Korea. Menarik untuk disaksikan.
Filem arahan Lee Chung Hyun ini juga menampilkan lakonan daripada Kim Ji Hoo, Park Yu Rim, Shin Hwi, Kim Mu Yeol, Jang Yoon Ju dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Ballerina Netflix
Filem Ballerina mengisahkan tentang Jang Ok-Ju iaitu seorang bekas bodyguard yang berani, mampu berlawan dan pandai menembak. Dia mempunyai perwatakan yang dingin serta tidak mempunyai perasaan seperti wanita biasa yang lain.
Walaupun begitu, perwatakan negatif tersebut lama-kelamaan bertukar menjadi positif dan Ok-Ju mula mengenali dunia selepas bertemu dengan rakan sekolahnya iaitu Choni Min-Hee iaitu seorang penari balet (Ballerina).
Diringkaskan cerita, pada suatu hari, Min-Hee mengajak Ok-Ju untuk minum bersama rumahnya. Sampai disana, dia mendapati Ok-Ju tiada diruang tamu dan di dalam biliknya. Alangkah terkejutnya, Ok-Ju mendapatai Min-Hee telah membunuh diri di dalam bilik air.
Sebelum kejadian tersebut juga, Min-Hee telah meninggalkan pesan kepada Ok-Ju untuk membalas dendam atas kematiannya tersebut dan menjadi pelaku yang membuat segala onar kepada dirinya sehingga mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya.
Berbekalkan dengan petunjuk yang diberi oleh Min-Hee sebelum mati, Ok-Ju berjaya menemukan Choi Pro iaitu seorang ahli yang terlibat dalam perdagangan dadah dan wanita.
Tetapi dalam masa yang sama, dia juga melakukan aksi yang tidak bermoral kepada mangsa-mangsa wanitanya sambil merakam video dan cuba mengugut 'hamba-hambanya' untuk sebarkannya di dunia internet.
Disebabkan itu, Ok-Ju semakin marah dan bertekad untuk membalas dendam atas kematian sahabat baiknya dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain juga.
Review Filem Ballerina
Pada awalnya aku teruja nak tengok filem Ballerina di Netflix sebab filem Korea yang mengetengahkan wanita yang mampu berlawan dan bermain senjata api seperti pistol. Mungkin boleh gelar John Wick wanita la.
Tapi ada beberapa perkara best dan tak best yang berlaku sepanjang penceritaan.
Untuk yang tak best, sebenarnya jalan cerita dia ada sedikit bosan. Bermula dengan intensity tinggi dengan aksi Ok-Ju berlawan dalam kedai serbaneka. Kemudian diteruskan dengan babak tanpa dialog. Hanya termenung sahaja
Babak tersebut, ambil masa 30 minit juga la. Dalam waktu tersebut, kurng dialog yang dilontarkan. Ok-Ju pula memang bawa watak yang kurang bercakap tetapi mampu berlawan dengan baik jika diperlukan. Bekas bodyguard orang-orang kenamaan kan.
Seingat aku lah, rasanya ada 3 babak sahaja yang memaparkan aksi gaduh dan berlawan iaitu pada awal cerita, pertengahan dan pada penghujung. Yang lain, tunjuk flashback, tunjuk naik motor, termenung dan sebagainya.
Orang cakap pening tengok filem Mat Kilau sebab kamera bergoyang. Filem Ballerina ni pun lebih kurang juga tetapi tidak terlalu ketara la. Rasanya aksi lawan di hotel sahaja banyak kamera goyang. Jadi macam pening sikit la.
Aku perasan filem-filem gangster, tokan dadah Korea ni, kebanyakkannnya dieorang takda pistol. Jadi mereka berlawan sama ada menggunakan barang disekeliling mereka atau dengan pisau sahaja termasuklah filem Ballerina di Netflix ni.
Korang tokan dadah dan ada makmal sebesar stable lumba kuda tapi tiada seorang pun yang ada pistol kecuali watak jahat iaitu Choi Pro yang ada senapang patah yang tak tahu dia dapat dari mana. Jadi senang la Ok-Ju masuk sarang penjahat dan terus menembak.
Walaupun begitu, ada perkara yang menarik ditonjolkan dan paling terserlah sekali adalah sinematografi sepanjang penceritaan. Serius cantik dengan warna-warga gelap yang dibawa. Gelap tapi masih nampak jangan risau. Yang penting tak sakit mata.
Selain itu, aksi berlawan juga boleh tahan terutamanya ketika mempertemukan Choi Pro dan Ok-Ju di dalam hotel tersebut. Orang kata baru ada fight. Dua-dua watak mampu berlawan dengan baik, tetapi berkelebihan kepada Ok-Ju yang mana ketika itu, dia ada pisau.
Selain itu, aksi terakhir juga menarik bila Ok-Ju serang sarang penjahat dan melawan dengan ramai lelaki dengan menggunakan pistol. Peluru habis, guna senjata yang ada seperti plastik dan sebagainya. Nasib baik terjumpa pistol lain juga. Setel semuanya.
Ending cerita sangat puas hati apabila penjahat Choi Pro akhirnya dibunuh dan paling menarik dibakar dengan menggunakan flamethrower. Dendam kawannya Min Hee akhirnya terbalas. Tuan terbakar, kereta tuan, Lamboghini pun terbakar.
Filem ni tidak keterlaluan memaparkan babak yang tidak senonoh tetapi aksi lawan, menambak dan membakar tu macam tak sesuai untuk budak-budak nak tengok. Lagi pula, dia memang untuk 18 tahun ke atas sahaja.
Bagi aku Ballerina ni boleh tengok, tetapi tidak cakap high expectation aku pada sebelum tayangan. Dia macam biasa-biasa sahaja.
Rating Ballerina : 6.5/10 ⭐
Post a Comment for "Review Filem Ballerina Netflix, Kisah Balas Dendam Disertakan Dengan Aksi Mendebarkan"
Post a Comment