Telefilem Jangan Ambil Botol Itu Di TV9

Telefilem Jangan Ambil Botol Itu Di TV9

Saksikan telefilem Jangan Ambil Botol Itu yang akan menemui penonton pada 13 Oktober 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tinta Unik Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Noraini Baharu.

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu

Telefilem Jangan Ambil Botol Itu menampilkan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Nadzmi Adhwa, Jalil Hamid, Rashidah Jaafar, Izzmad Harun, Wan Ahmad Ferth Jasni, Shahzril Ahmad dan ramai lagi

Terdapat juga penampilan khas daripada pelakon seperti Syafiq Kyle, Ben Amir, Zaidi Rock dan tuan pengarah sendiri iaitu Shuhaimi Lua

  • Hairul Azreen sebagai Jamal
  • Nadzmi Adhwa sebagai Jizan
  • Jalil Hamid sebagai Lebai Tahir
  • Rashidah Jaafar sebagai Mak Munah
  • Izzmad Harun sebagai Kojek
  • Wan Ahmad sebagai Pacai

Ianya mengisahkan Jamal iaitu anak kepada Lebai Tahir yang nakal. Sikapnya bertentangan dengan bapanya yang juga seorang imam dan penceramah agama disegani di kampung mereka.

Walaupun Jamal pernah dihantar belajar di sekolah agama, kelakuannya tidak berubah. Semua ilmu yang diajar di situ jarang diamalkannya. Sebaliknya dia lebih gemar berpelesiran dan lepak bersama-sama rakan sekampung yang tercicir dari alam persekolahan.

Hidupnya ditanggung Lebai Tahir yang mempunyai harta agak banyak membuatkan Jamal tidak perlu bersusah payah untuk bekerja dan mencari wang.

Selepas tamat pelajaran di sekolah agama, Jamal pulang kek kampung. Bapa dan ibu ingin mengadakan majlis kesyukuran atas kepulanganya yang diharap akan mengubah cara hidup Jamal.

Pada masa sama, Jamal juga disambut dengan gembira oleh rakan-rakan yang biasa melepas bersamanya. Tanpa pengetahuan Jamal, seorang rakannya Jizan memberikannya pil dadah yang boleh menjadikannya khayal.

Suatu hari, Jamal tersalah masukkan pil khayal ke dalam botol minuman bapanya iaitu Lebai Tahir. Lebai Tahir membawa botol minuman yang berisi larutan pil khayal itu untuk memberi ceramah.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Jangan Ambil Botol Itu Di TV9"