Telefilem Auta Di TV3

Telefilem Auta Di TV9

Saksikan telefilem Auta yang akan menemui penonton semula pada 6 Oktober 2023, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi World Evolution Brain Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dengan nukilan skrip daripada Suzanna Zaily Zin.

Sinopsis Telefilem Auta

Telefilem Auta menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid, Balkisyh Semundur Khan, Rosli Rahman Adam, Zarina Md Nor, Da'i Hijrah dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Nizam
  • Nad Zainal sebagai Faridah
  • Delimawati sebagai Salmah
  • Mubarak Majid sebagai Sulaiman
  • Da'i Hijrah sebagai Ustaz Aziz

Ianya mengisahkan tentang Nizam, seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah. Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid.

Ibu Faridah, Salmah berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman yang malas untuk solat.

Awal perkahwinan sepertinya semuanya indah. Akan tetapi lama-kelamaan Nizam masih belum mahu bekerja dan mula melepaskan tanggungjawab sebagai suami kepada Faridah.

Disebabkan itulah, Faridah meminta tolong Ustaz Aziz bagi menyedarkan Nizam untuk kembali sedar dan menasihati untuk terus memberikan tanggungjawab dalam keluarganya.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Auta Di TV3"

Comment Author Avatar
Subhanallah saya sudah missed cerita Auta semalam, macam mana saya nak tonton, ada info?