JDT vs Ulsan Hyundai : Jadual Siaran Langsung Live Streaming ACL 2023

Ulsan Hyundai vs JDT ACL AFC Champions League 2023

Selesai tugasan negara, kemudian saingan liga tempatan dan kini masuk pula ke saingan tertinggi kelab-kelab Asia menerusi AFC Champions League 2023 iaitu antara Ulsan Hyundai vs JDT iaitu pada Selasa, 24 Oktober 2023 bertempat di Stadium Ulsan Munsu, Korea.

Jika dihitung dalam Kumpulan I, ini merupakan perlawanan ketiga yang juga melibatkan pertemuan BG Pathum United dan Kawasaki Frontale yang berlangsung pada sebelah malam bertempat di Stadium Pathum Thani.

Setakat ini, Johor Darul Ta'zim FC berada di tempat kedua dengan jumlah mata yang sama iaitu 3 point bersama Ulsan Hyundai FC. Masing-masing telah tewas sekali dan menang sekali untuk perlawanan awal sebelum ini.

Berbalik pada saingan awal, Ulstan Hyundai membuka tirai perlawanan dengan kemenangan 3-1 terhadap BG Pathum United dan kemudian kalah tipis 1-0 terhadap Kawasaki Frontale ketika bermain di Jepun.

Berbeza dengan JDT, pada perlawanan pembukaan, ketika bermain di Johor, JDT tumpas 1-0 kepada Kawasaki Frontale yang kini sedang mendominasi dalam saingan peringkat kumpulan. Tetapi mereka tidak mahu ketinggalan jauh apabila berjaya menumbangkan jaguh Thailand, BG Pathum United dengan jaringan 4-2.

Prestasi JDT ketika ini tidak boleh disangkal lagi jika dibandingkan dengan kelab-kelab tempatan lain yang mana mereka beraksi sangat baik walau dalam mana-mana perlawanan baik saingan liga atau kejohanan trofi.

Bukan itu sahaja, JDT ketika ini masih belum tewas dalam semua perlawanan saingan liga tempatan dan telahpun memenangai 1 kejuaraan iaitu Piala FA dan juara belum rasmi kali kesepuluh berturut-turut sebagai juara Liga Super.

Tapi pasukan Korea Selatan itu juga bukanlah calang-calang apabila kini mereka juga menjadi pendahulu liga K League 1. Sekiranya keputusan tersebut kekal, mereka juga bakal bergelar juara pada akhir musim ini.

Sepanjang Pertemuan Ulsan Hyundai Dan JDT

Pertembungan ini bukan calang-calang juga sebenarnya. JDT merupakan juara Liga Super 2022, manakal Ulsan Hyundai juga juara K League 2022. Ini boleh dikatakan pertemuan antara juara bagi mencari siapa yang lebih hebat.

Jika dilihat daripada sejarah pertemuan, sebenarnya JDT adalah lebih baik. Ini kerana dalam pertemuan dua kali sebelum ini, kedua-duanya dimenangi oleh JDT dan Ulsan terpaksa berpuas hati dengan kehebatan tersebut.

Pertemuan itu terjadi sebenarnya juga dalam saingan ACL di peringkat kumpulan yang mana mereka pernah berada dalam kelompok yang sama. Kali ini mereka diundi lagi dalam kumpulan yang sama juga bersama Kawasaki Frontale.

Dua pertemuan, JDT menang. Ulansan Hyundai kini pastinya tidak mahu sejarah buruk itu terjadi lagi. Ditambah pula akan bermain di halaman sendiri dan dapat semangat perjuangan daripada penyokong-penyokong sendiri juga.

Jadual & Siaran Langsung Ulsan Hyundai vs JDT AFC Champions League 2023

Seperti biasa untuk penonton di rumah terutamanya penyokong-penyokong JDT, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi sooka. Hanya perlu langgan pas Liga Malaysia yang mempunyai akses saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.

Jadi jangan lupa janji kita untuk berikan sokongan kepada wakil negara dalam saingan AFC Champions League 2023 (ACL) iaitu perlawanan Ulsan Hyundai vs JDT pada 24 Oktober ini, hari Selasa bertempat di Stadium Ulsan Mundu, Korea.

24 Oktober 2023 (Selasa)

FT : Ulsan Hyundai (3) - (1) JDT

  • Jeong Seung-Hyeon 5'
  • Gustav Ludwigson 12', 18'
  • Bergson da Silva 53'

Masa : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Ulsan Mundu
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "JDT vs Ulsan Hyundai : Jadual Siaran Langsung Live Streaming ACL 2023"