ACL 2023, Siaran Langsung Live Streaming Kawasaki Frontale vs JDT

ACL 2023, Siaran Langsung Live Streaming Kawasaki Frontale vs JDT

Sekali lagi perhitunga untuk kedua-dua pasukan ini akan berlaku. Sejak tahun 2022 lagi, mereka sudah bertemu beberapa kali dan keputusannya masih sama sehingga ke pertemuan terakhir sebelum ini. Ini mungkin kali terakhir untuk musim 2023.

Kawasaki Frontale vs JDT akan bertemu sekali lagi dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) dimana perlawanan tersebut akan berlangsung pada 28 November 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Kawasaki Todoroki di Kawasaki, Jepun.

Ini pertemuan kali keempat untuk kedua-dua pasukan ini. Ketiga-tiga pertemuan sebelum ini, semuanya berpihak kepada juara J-League 2021, Kawasaki Frontale kecuali berakhir dengan keputusan seri pada perlawanan pertama pada musim lalu.

Pada tahun 2022, Kawasaki Frontale dan JDT telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi saingan ACL. Kali ini untuk tahun 2023, mereka sekali lagi diundi dalam kumpulan yang sama dan pastinya mereka perlu bertemu sekali lagi bagi mendapatkan slot ke peringkat seterusnya.

Saingan peringkat kumpulan sudah masuk ke pusingan kedua. Jadi kedua-dua pasukan ini akan bertemu sekali lagi. Pertemuan kali pertama pada September yang lalu telah menyaksikan bagaimana JDT buat pertama kali tewas dalam semua perlawanan yang dihadapinya.

Ketika itu, perlawanan dimainkan di Stadium Sultan Ibrahim. Ternyata pasukan yang berpengkalan di Jepun itu sangat hebat daripada bawah hingga atas. Tetapi JDT terus cuba untuk mendapatkan jaringan ketika itu, meskipun tidak berjaya. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan untuk Kawasaki 1-0 sahaja.

Kali ini akan dimainkan di Jepun. Jika dilihat dari atas kertas, perlawanan ini pastinya akan berpihak kepada pasukan tuan rumah. Kelebihan yang mereka peroleh pastinya akan digunakan sebaik mungkin untuk mengutip 3 mata penting.

JDT kini berada ditempat ke-3 dalam kumpulan dengan berkongsi 6 mata dengan Ulsan. Jika JDT ingin layak ke peringkat 16 terbaik, mereka sekurang-kurangnya perlu seri atau menang. Sekiranya tewas, mungkin harapan untuk pusingan seterusnya semakin sukar.

Perlukan Sokongan Penyokong Dari Johor

Mungkini kemenangan ingin diperoleh di bumi matahari terbit itu sedikit sukar, tetapi pemain-pemain JDT sudah pasti akan memberikan komitmen tertinggi dan mencari strategi terbaik untuk mengekang pergerakan lawan.

Untuk menambahkan keyakinan, mungkin sokongan penyokong perlu hadir dalam perlawanan ini. Jika berkesempatan dan mempunyai wang dan masa, datanglah ke stadium Kawasaki dan berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan anda ini sehingga berjaya pulang dengan kemenangan.

Siaran Langsung Kawasaki Frontale vs JDT ACL 2023

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir memberikan sokongan anda boleh berbuat demikian dari jauh dengan menyaksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) dan secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh menonton secara live streaming menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Anda hanya perlu laggan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi kelima peringkat kumpulan ACL 2023 antara Kawasaki Frontale vs Johor Darul Ta'zim pada 28 November ini, hari Selasa bertempat di Stadium Kawasaki Todoroki.

Bagi yang ingin ketahui keputusan terkini untuk perlawanan kedua-dua pasukan ini, anda boleh dapatkan disini, dimana akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut. Pasukan manakah yang akan menang agaknya?

28 November 2023 (Selasa)

Kawasaki Frontale vs JDT

Masa : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Kawasaki Todoroki
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "ACL 2023, Siaran Langsung Live Streaming Kawasaki Frontale vs JDT"