Drama Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria - Siri YTJT

Drama Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Saksikan drama siri terbaru berjudul Yang Tahu Je Tahu yang akan menemui penonton mulai 22 Disember 2023, bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Juga tersedia di platform Sooka. Anda boleh langgan tanpa kontrak dengan harga serendah RM14.90 sebulan.

Drama 8 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Pelakon & Watak

Drama ini menampilkan ramai pelakon antaranya Areef Amran, Idan Aedan, Arabella, Darien Aeldra, Wafiy Aan, Shania Hendriks, Zanith Zalikha, Asyiqeen Rozlan dan Farhana Fahizam.

Selain itu, terdapat juga Kim Azzim, Zack Aiman, Elyana, Hawa Rizwana, Amyza Aznan, Rashidi Ishak, Idzham Ismail, Haeriyanto Hassan, Jenjooz dan ramai lagi.

  • Wafiy Aan sebagai Harris
  • Shania Hendrik sebagai Elisa
  • Idan Aedan sebagai Adif
  • Kim Azzim sebagai Haikal
  • Areef Amran sebagai Borhan
  • Zack Aiman sebagai Zamani
  • Farhana Fahizam sebagai Murni
  • Arabella Ellen sebagai Safira
  • Asyiqeen Rozlan sebagai Jannah
  • Darien Aeldra sebagai Marzuki

Drama Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Sinopsis Drama Yang Tahu Je Tahu

Drama Yang Tahu Je Tahu mengisahkan tentang Kes cubaan bunuh diri oleh Burhan yang berusia 17 tahun, hanyalah satu helah bagi menutupi sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya.

Seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama tetapi polis merasakan kes ini melibatkan lebih dari seorang pesalah.

Namun, dek kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukatan bagi mencari siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini.

Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.

Drama Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria - Siri YTJT"