Lirik Lagu Trending Tiktok 'Tabrak Tabrak Masuk... Oke Gas Oke Gas'

Lirik Lagu Trending Tiktok 'Tabrak Tabrak Masuk... Oke Gas Oke Gas'

Beberapa minggu ni, aku rajin duk layan dan scroll TikTok dan aku perasan ada satu trend miming sebuah lagu dengan carian tertinggi hanya menggunakan 'lirik tabrak tabrak masuk' atau 'lirik oke gas oke gas'.

Dengan trend ni, aku boleh lihat banyak TikTokers yang buat dan banyak juga FYP dengan jumlah tontonan yang tinggi beserta liked, komen dan saved dengan bilangan yang besar.

Pada awalnya, aku dengar jadi biasa je. Tapi bila baca komen-komen pada video-video tersebut, ramai yang katanya dah addicted. Untuk permulaan bagi aku lagu tu biasa je, tapi dalam beat yang laju, jadi macam best juga dengar.

Tapi lepas beberapa hari, lagu ni keep repeating dan selalu keluar dalam FYP aku. Jadi lama kelamaan, betullah boleh jadi addicted. Sedap juga bila dengar selalu, lagi-lagi bila tengok ada yang miming dengan style masing-masing.

Jadi aku cuba la cari lirik yang sebenar sebab nak tengok dan dengar sendiri lagu tentang apa. Betullah rupanya, liriknya menggunakan bahasa indonesia dan bukan bahasa malaysia. Cerita pasal apa aku pun tak pasti.

Yang pasti aku nak share sahaja liriknya untuk anda yang mungkin baru nak join the trend dan miming lagu ni. Boleh tengok lirik dibawah.

Lirik Lagu Trending TikTok

Tabrak-tabrak masuk
Raper kampung tabrak masuk
Mungkin jauh jarak pandang
Coba sedikit mengamuk
Ku ciptakan lirik dan beat
Secepat kilat tapi tak sempit
Berdiri tegar walaupun sulit
Tra mampu bersaing silakan pamit... Yahh

Oke gas oke gas
Tambah dua torang gas

@aikkah00 Muka hafal lirik🗿 #aikkah #fypã‚· #trend ♬ suara asli - Richard Jersey
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Lirik Lagu Trending Tiktok 'Tabrak Tabrak Masuk... Oke Gas Oke Gas'"