Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

Saksikan telefilem Adakah Aku Bersalah yang akan menemui penonton semula pada 22 Disember 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Telefilem Adakah Aku Bersalah

Telefilem Adakah Aku Bersalah menampilkan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Shah Jaszle, Oktovia Manrose, Wilma Muhammad, Asry Azizan, Adik Khayrisyah, Hafiz Nolan, Rais Ismail dan ramai lagi.

  • Hasnul Rahmat sebagai Hamzah
  • Farah Nabilah sebagai Tia
  • Shah Jaszle sebagai Bront
  • Oktovia Manrose sebagai Lis
  • Wilma Muhammad sebagai Zaleha
  • Asry Azizan sebagai Jinggo
  • Adik Khayrisyah sebagai Leya

Ianya mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahagia mula berubah dengan kehadiran seorang wanita bernama Fathia.

Fathia cuba melarikan diri daripada bekas suaminya Bront dan meminta pertolongan seorang lelaki tidak dikenali yang baik hati. Termeterailah ikatan perkahwinan antara keduanya.

Suami Zaleha berjanji untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya. Namun, sebaliknya berlaku. Tia mula mengawal suaminya hingga hubungan antara anak dan bapa semakin jauh.

Mampukah Zaleha mempertahankan keluarganya apabila suaminya mengambil Tia sebagai isteri?

Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post