Telefilem Geng Basikal Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Geng Basikal Di TV1

Saksikan telefilem Geng Basikal yang akan menemui penonton pada 9 Disember 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Keris Film Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emdy Idris dengan nukilan skrip daripada Khairul Kiasan.

Sinopsis Telefilem Geng Basikal

Telefilem Geng Basikal dibarisi pelakon-pelakon seperti Nik Adam Mika, Aman Graseka, Olan Lam, Ily Mokhtar, Rosedah Amsar, Hadi Putra, Iskandar Zulkarnain, Redzwan Adha dan ramai lagi.

  • Nik Adam Mika sebagai Razlan
  • Hadi Putra sebagai Roy
  • Iskandar Zulkarnain sebagia Farouk
  • Aman Graseka sebagai Atok

Ianya mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak yang bermula dari zaman persekolahan hingga dewas iaitu antara Razlan, Roy, Remy, Kuzie dan Lim.

Atas urusan kerja ke luar negara, ibu bapa kepada Razlan telah membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke kampung untuk sementra bersama atuk dan neneknya.

Maka bermula dari situlah, Razlan menjadi budak kampung dan mengenali kawan-kawan baru dan merasakan sangat seronok berada bersama atuknya.

Razlan melakukan banyak aktiviti bersama kawan-kawannya seperti bermain basikal, memancing, bermain bola dan sebagainya sehinggalah tercetus geng basikal.

Namun kegembiraan tersebut tidak kekal lama apabila Razlan perlu mengikut ibu dan ayahnya berpindah ke London. Disebabkan itu, dia dalam dilema untuk meninggalkan kampung dan kawan-kawanya.

Telefilem Geng Basikal Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Geng Basikal Di TV1 (Panggung RTM)"