Telefilem Kerongsang Di TV9

Telefilem Kerongsang Di TV9

Saksikan telefilem Kerongsang yang akan menemui penonton semula pada 8 Disember 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 sempena DFKL ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Kerongsang

Telefilem Kerongsang menampilkan barisan pelakon seperti Syafie Naswip, Saidi Sabri, Sapawi Johnson, Jaja Iliyes, Sabri Yunus, Sharifah Qaseh dan ramai lagi.

  • Syafie Naswip sebagai Fitri
  • Saidi Sabri sebagai Atan
  • Jaja Iliyes sebagai Aina

Ianya mengisahkan tentang Atan dan Fitri adalah pelajar universiti dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Untuk semesta ini, Atan dan Fitri ditugaskan untuk membuat satu kajian mengenai Puteri Cahaya Penama. Namun apa yang ditemui hanyalah suatu misteri!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Kerongsang Di TV9"