Live Streaming Terengganu FC vs Bali United AFC Cup 2023

Live Streaming Terengganu vs Bali United AFC Cup 2023

Pertemuan antara Terengganu FC vs Bali United dalam saingan AFC Cup 2023 ini merupakan perlawan penutup untuk kumpulan G.

Ianya bakal diadakan secara siaran langsung pada 13 Disember 2023, hari Rabu, pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ini merupakan perlawanan penentuan untuk Terengganu khususnya adakah mereka berjaya layak ke pusingan seterusnya atau tidak.

Meskipun dibezakan dengan pendahulu carta, CCM hanya 1 mata, tetapi kedudukan di kedua agak sukar kerana perlu menjadi antara 4 yang terbaik.

Tetapi sekiranya CCM seri atau kalah menentang Stallion Laguna pada jam 4.00 petang ini, Terengganu berpeluang cerah untuk tembus ke pusingan seterusnya sekiranya mereka menang dengan Bali.

Walaupun sedar peluang itu amat tipis kerana Stallion Laguna merupakan pasukan tercorot dalam kumpulan ini dan CCM berada dalam kondisi yang terbaik.

Sekiranya misi untuk lolos ke peringkat seterusnya, Terengganu pastinya ingin mengakhiri saingan AFC Cup kali ini dengan kemenangan.

Bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong sendiri, sudah tentu memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Sebelum ini di Bali, Terengganu berjaya mengikat Bali United dengan keputusan 1-1. Kini di tempat sendiri, sudah pastinya peluang itu tidak akan disia-siakan untuk meraih kemenangan.

Beli Tiket

Jadi penyokong-penyokong Terengganu khususnya, datang beramai-ramai ke stadium pada malam ini bagi menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan anda ini.

Dapatkan segera tiket masuk stadium yang kini sudah mula dijual. Anda boleh dapatkan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Terengganu vs Bali United

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang, anda boleh saksikan perlawanan ini di kaca tv. Tayangan siaran langsung di buat di saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go secara online.

Alternatif lain, boleh tonton secara live streaming di laman web atau aplikasi Sooka. Hanya langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Bali United AFC Cup 2023

Jadal & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Terengganu vs Bali United untuk aksi AFC Cup 2023 peringkat kumpulan.

FT : Terengganu (2) - (0) Bali United

  • Sony Norde 39'
  • Sardor Kulmatov 89'

Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan keputusan penuh anda boleh dapatkan pada akhir perlawanan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Live Streaming Terengganu FC vs Bali United AFC Cup 2023"