Cara Tonton Agong Baca Berita Buletin Utama TV Malam Ini

Cara Tonton Agong Baca Berita Buletin Utama TV Malam Ini

Hari ini media sosial terutamanya aplikasi X (Twitter) heboh ramai yang kongsikan klip pendek Agong bersama Raja Permaisuri Agong baca berita di Buletin Utama.

Menerusi perkongsian daripada penyampai berita Buletin Utama sendiri iaitu Kamaruddin Mape menerusi aplikasi X memberitahu dimana pasangan diraja itu akan membuat penampilan khas dalam Buletin Utama malam ini (17 Januari 2024).

Jadi orang ramai bakal dapat menyaksikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baca berita buat kali pertama.

Selain daripada media arus perdana, laman facebook rasmi Istana Negara juga turut menguar-uarkan tentang perkara tersebut dengan mengajak orang ramai untuk menyaksikan Buleti Utama TV malam ini.

Cara Tonton Agong Baca Berita Buletin Utama

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Agong bersama Raja Permaisuri Agong 'baca berita' di Buletin Utama malam ini menerusi slot khas Buletin DiRaja.

Anda boleh saksikan pada pukul 8.00 malam ini, Selasa 17 Januari 2024 menerusi saluran TV3.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menonton di kaca tv, anda boleh live streaming secara online dengan menggunakan Youtube Buletin TV3 atau di platform Tonton sama laman web atau aplikasi mobile.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post