Review Filem Those Who Wish Me Dead Di Netflix

Review Filem Those Who Wish Me Dead Di Netflix

Filem Those Who Wish Me Dead antara kandungan terbaru yang dikeluarkan di Netflix untuk Januari 2024. Disebabkan itulah, aku tertarik untuk saksikan filem ini termasuk dengan kehadiran pelakon Angelina Jolie.

Sebenarnya ia bukanlah filem baru, kerana telah dikeluarkan pada tahun 2021 di Korea Selatan terlebih dahulu dan kemudian baru ditayangkan di USA seminggu selepas. Negara lain hanya dapat akses menerusi tayangan Netflix ini sahaja.

Selain pelakon Oscar tersebut, terdapat juga nama-nama lain dalam filem ini seperti Finn Little, Jon Bernthal, Aidan Gillen, Nicholas Hoult, Jake Weber, Medina Senghore, Tyler Perry, Boots Southerland dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Those Who Wish Me Dead

Filem adaptasi novel karya Michael Koryta ini mengisahkan tentang tragedi yang menimpa seorang anak iaitu Connor (Finn Little) yang menyaksikan pembunuhan ayahnya sendiri di kawasan hutan di Park County, Montana.

Pembunuh upahan Patrick (Nicholas Hoult) dan Jack Blackwell (Aidan Gillen) yang bertanggungjawab untuk menamatkan riwayat ayah Connor selepas menerima tugasan daripada seseorang.

Selepas dapat tahu yang Connor ini masih hidup dan diketahui identitinya oleh anak tersebut, Patrick dan Jack tidak mempunyai pilihan lain selain daripada untuk memburu dan membunuh anak tersebut bagi menghilangkan bukti.

Dalam tempoh pelarian Connor, dia bertemu dengan seorang ahli bomba yang berada di sekitar hutan tersebut iaitu Hannah. Disinilah, Connor minta bantuan daripada Hannah untuk menyelamatkan dirinya keluar dari hutan tersebut.

Untuk memudahkan lagi pencarian Connor, Patrick dan Jack mula membakar hutan supaya Connor tidak mampu untuk lari jauh tau mungkin terperangkap terus di hutan. Tetapi mereka tidak tahu, Connor kini bersama seorang ahli bombo yang cekap dalam pemadaman api.

Adakah Connor akan selepas selama bersama Hannah pada akhirnya?

Review Filem Those Who Wish Me Dead Di Netflix

Review Those Who Wish Me Dead

Kalau tengok teaser pendek di Netflix, serius aku tak berminat nak tengok cerita ni. Tapi sebab ada Anjeline Jolie yang hampir dipanah petir di satu tower, aku tertarik sikit untuk menerukan tontonan selepas itu.

Ternyata bahagian tersebut hanya sebahagian sahaja. Beberapa saat je dan ianya bukanlah babak yang penting, selain ingin menunjukkan segala radio hangus terbakar dan tidak boleh buat panggilan ke luar selepas itu.

Filem ini gabungan antara 2 plot utama iaitu bermula di Florida dan semua watak utama berkumpulan di Montana. Pada awalnya gempak sebab ada menunjukkan bagaimana sebuah banglo meletop secara tiba-tiba kerana masalah piping gas. Rupanya ia cubaan membunuh.

Selepas itu, bermulalah penceritaan dengan babak melarikan diri ke tempat yang lebih selamat demi menjaga nyawa sendiri dan anaknya, Connor.

Secara keseluruhan, plot dia straight to the point, usaha lari daripada pemburu atau pembunuh upahan dan dalam masa sama, mereka juga telah melakukan pelbagai perkara untuk menyelesaikan tugasan mereka untuk membunuh.

Kadang kala sahaja, akan ada flashback daripada Hannah sendiri tentang peristiwa dahulu ketika cuba menghalang kemarakan api di hutan yang mana menyebabkan rakan dan beberapa kanak-kanak terbunuh disebabkan beliau tersalah baca angin.

Sepanjang pemburuan tersebut, banyak perkara survival yang ditunjukkan oleh barisan pelakon. Cara menggunakan semburan gas untuk menyelamatkan diri. Menggunakan kod rahsia supaya pihak musuh tidak ketahui tentang maksud disebaliknya, menyelamatkan diri daripada kebakaran hutan dan pelbagai lagi.

Review Filem Those Who Wish Me Dead Di Netflix

Untuk pelakon sendiri, Angelina Jolie masih seperti dahulu meskipun sudah berusia. Tetapi dalam filem ini, tidaklah terlalu menonjol. Biasa-biasa sahaja. Watak badass tidaklah seperti dulu macam dalam Lara Croft. Tapi masih ada lagi sifat ganas tu ketika berlawan dengan Patrick.

Untuk watak Jack dan Patrick sangat menyerlah sebagai assasin. Tidak teragak-agak untuk membunuh, tetapi masih ada belas kasihan terutamanya pada wanita mengandung. Mungkin itulah lumrah manusian agaknya. Akhirnya tetap mati.

Secara keseluruhan, aku rasa selain daripada babak meletop, pada awalnya agak slow dan membosankan. Kemudian dan masuk babak hunting menarik sikit dan bahagian akhir sudah tentunya lagi best.


Rating Those Who Wish Me Dead : 7/10 

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Review Filem Those Who Wish Me Dead Di Netflix"

Comment Author Avatar
saya tengk filem ni masa mula2 ditayangkan dulu. excited sebab dari pengarah taylor syeridan yg jadi screen writer sicario & wind river. filem ni pun best tapi the weakest from him.