Siaran Langsung Jepun vs Vietnam Siaran Langsung Piala Asia 2023

Siaran Langsung Jepun vs Vietnam Siaran Langsung Piala Asia 2023

Jepun akan mulakan kempen Piala Asia 2023-2024 (AFC Asian Cup) di peringkat kumpulan bertemu Vietnam di Stadium Al Thumama pada Ahad, 14 Januari 2024.

Selain itu, untuk kumpulan D juga turun akan berlangsung pertemuan antara Indonesia dan Iraq pada keesokan harinya, 15 Januari 2024.

Jepun merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini kerana barisan pemain yang mereka ada berkualiti tinggi dan bermain di kelab-kelab Eropah.

Selain itu juga, Samurai Biru juga telah memenangi perlawanan peringkat antarabangsa dalam sembilan perlawanan berturut-turut sebelum ini. Adakah mereka mampu untuk teruskan rentak kemenangan tersebut?

Vietnam yang kini berada di tempat kedua dalam kumpulan untuk saingan Kelayakan Piala Dunia dengan hanya memenangi satu perlawanan dalam enam perlawanan antarabangsa mereka sebelum ini.

Dengan prestasi semasa, agak sukar untuk mereka menghentikan serangan Jepun yang kini berada di tahap terbaik terutamanya dalam saingan tertinggi Asia, AFC Asian Cup 2024 ini.

Waktu Perlawanan Jepun vs Vietnam

  • Tarikh : 14 Januari 2024 (Ahad)
  • Masa : 7.30 Malam
  • Venue : Stadium Al Thumama

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Al Thumama, pada 14 Januari 2023, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 7.30 malam ikut waktu Malaysia.

Cara Menonton Jepun vs Vietnam Secara Langsung - TV & Live Streaming

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803. Sorotak perlawanan pula anda boleh saksikan di youtube rasmi AFC Asian Cup sejurus selepas tamat perlawanan.

Selain itu, jika anda bukan pengguna Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform Sooka. Boleh langgan dengan harga RM12.90 untuk pas 24-jam.

Jadual & Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual siaran langsung perlawanan Jepun vs Vietnam dalam aksi kumpulan D Piala Asia AFC 2023 Qatar.

Keputusan akan dikemaskini sejurus selepa tamat perlawanan.

FT : Jepun (4) - (2) Vietnam

  • Takumi Minamino 11', 45'
  • Bac Dinh Nguyen 16'
  • Tuan Hai Pham 33'
  • Keito Nakamura 45+4'
  • Ayase Ueda 85'

Masa : 7.30 Malam
Venue : Stadium AL Thumama
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Jepun vs Vietnam Siaran Langsung Piala Asia 2023"