Bila Bermula 10 Ramadan Terakhir Tahun 2024 Untuk Kejar Lailatul Qadar

Bila Bermula 10 Ramadan Terakhir Tahun 2024 Untuk Kejar Lailatul Qadar

Ramadan kini sudah sampai ke penghujung. Bila agaknya bermula 10 Ramadan terakhir untuk tahun 2024 bagi mengejar malam lebih baik daripada seribu bulan - Lailatul Qadar?

Dalam bulan Ramadan terdapat 3 fasa iaitu bermula fasa 1: 1 Ramadan hingga 10 Ramadan. Kemudian fasa 2 iaitu bermula 11 Ramadan hingga 20 Ramadan dan fasa 3 bermula 21 Ramadan hingga 30 Ramadan.

Dalam fasa 3 inilah akan berlakunya satu malam yang paling istimewa yang digelar sebagai malam al-qadar atau Lailatul Qadar.

Berdasarkan Surah al-Qadr, Allah menyebut Lailatul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun. Semoga kita diberikan peluang untuk jumpa malam tersebut dan beribadah pada malam tersebut.

Jadi untuk tahun 2024 ini, bilakah bermula 10 hari terakhir tersebut yang mana bermula pada hari ke-21 Ramadan?

Bila Bermula 10 Ramadan Terakhir Untuk Ramadan 2024

Untuk tahun 2024 bersamaan 1445H, awal Ramadan di Malaysia adalah jatuh pada 12 Mac 2024. Manakala 10 terakhir Ramadan bermula pada malam ke-21 Ramadan iaitu pada malam Ahad, 31 Mac 2024.

Jadi antara amalam yang anda boleh lakukan sepanjang malam bermula daripada Maghrib adalah seperti :

  • Beriktikaf di masjid
  • Hidupkan malam dengan qiamullai
  • Solat tarawih
  • Solat witir
  • Tahajjud
  • Memperbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertakbir, beristighfar dan berselawat
  • Tadarus al-Quran dan berzikir kepada Allah
  • Banyakkan berdoa
  • dan pelbagai lagi

Diharapkan kita berkesempatan untuk beribadah pada malam Lailatul Qadar.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post