[Pengalaman] Cara Menggunakan Skim Perubatan MADANI Di Klinik Terpilih
Melalui Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan kerajaan, aku sebelum ini pergi klinik tak perlu bayar apa-apapun. Biasa kalau pergi hospital bayar seringgit. Ni pergi klinik percuma sahaja.
Nak cerita, sebelum ini aku terpaksa ke klinik untuk dapatkan rawatan, disebabkan ada asma sikit dan batuk. Jadi selain daripada ke klinik kesihatan kerajaan, aku cari juga klinik swasta untuk rawatan yang lebih cepat.
Tapi sebelum tu, aku baru teringat tentang Skim Perubatan MADANI (SPM) ni, yang mana ada peruntukan diberi kepada yang layak mengikut kategori iaitu isi rumah dan bujang.
Apa Itu Skim Perubatan MADANI? Ianya merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui KKM bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut atau bahasa mudahnya rawatan sakit-sakit ringan.
Melalui skim ini, isi rumah akan menerima skim bantuan sebanyak RM250, warga emas tanpa pasangan dapat RM125 dan golongan bujang dapat RM75. Skim inilah anda boleh gunakan sehingga habis di mana-mana klinik berdaftar dengan SPM.
Syarat Kelayakan
Tapi bukan semua yang layak untuk Skim Perubatan MADANI ni. Hanya penerima Sumbangan Tunai Rahman atau STR sahaja yang layak. Jika anda penerima STR pada tahun semasa, anda layak secara automatik. Tak perlu daftar, hanya perlu semak sahaja kelayakan.
Rawatan Sakit-Sakit Ringan Yang Diterima Skim Perubatan Madani
Untuk info, bukan semua rawatan anda boleh gunakan skim ini. Hanya melibatkan sakit-sakit ringan sahaja seperti:
- Demam dan selesema
- Ciri birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Luka ringan dan lain-lain lagi.
Untuk pengalaman aku sendiri, aku asma dan perlukan nebulizer. Jadi Skim Perubatan Madani, aku boleh guna ketika itu. Tidak terlalu kritikal.
Cara Guna Skim Perubatan Madani
Sebelum nak guna skim ini, penting sekali semak dahulu adakah anda layak. Boleh semak menerusi laman web https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/ dan masukkan no. kad pengenalan. Kalau penerima STR, confirm dapat punya.
Kemudian langkah kedua yang penting, cari atau semak dahulu klinik mana yang berdaftar dengan Skim Perubatan Madani ini. Setiap daerah dan negeri ada. Jadi nak tahu, di tempat anda ada tak klinik swasta tersebut, boleh semak disini https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
- Semak kelayakan di website
- Cari klinik berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI
- Di klinik tersebut, anda perlu isi borang pendaftaran skim tersebut
- Terima rawatan seperti biasa
- Ketika buat pembayaran, bagi tahu anda nak guna Skim Perubatan Madani
- Staff akan tolak peruntukan yang anda terima dengan bil rawatan anda tersebut
Selesai
Pengalaman Menggunakan Skim Perubatan Madani
Untuk pengalaman aku sendiri ketika menerima rawatan di Klinik Sulaiman di Temerloh. Rawatan hanya menggunakan Nebulizer selama lebih kurang 15 minit. Lepas tu, dah ok.
Seperti biasa, doktor akan bagi ubat yang perlu. Tak silap, aku dapat 2 jenis ubat yang aku rasa perlu. Jadi total atau jumlah yang perlu aku bayar RM43 untuk semua rawatan yang aku dapat di klinik tersebut.
Masa nak bayar, aku bagi tahu nak guna Skim Perubatan Madani seperti yang aku daftar tadi sebelum menerima rawatan. Untuk aku status bujang, aku dapat peruntukan RM75. Jadi staf klinik gunakan skim tersebut iaitu RM75 - RM43 = RM32.
RM32 inilah baki yang masih aku boleh gunakan selepas ini di mana-mana klinik yang berdaftar dengan SPM. Selagi tak habis, aku tak perlu bayar la. Aku bayar guna peruntukan ini sahaja. Macam dapat rawatan secara percuma lah.
Nanti kalau dah habis, barulah bayar seperti biasa.
*Kemaskini Terbaru
Seperti yang diumumkan sebelum ini, bermula 26 Februari 2024, Skim Perubatan Madani hanya tertumpu kepada 10 daerah terpilih sahaja dan bukan semua negeri ada.
10 daerah tersebut adalah di :
- Kuala Lumpur
- Selangor (Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang)
- Johor Bahru (Johor)
- Kinta (Perak)
- Timur Laut (Pulau Pinang)
- Kota Kinabalu (Sabah)
- Kuching (Sarawak)
Temerloh atau Pahang dah takda lepas ini. Kalau nak guna juga, kena lagi pergi ke daerah-daerah ini sahaja. Nasib baik sempat juga la guna.
Post a Comment for "[Pengalaman] Cara Menggunakan Skim Perubatan MADANI Di Klinik Terpilih"
Post a Comment