Senarai Cuti Panjang Tahun 2024 - 3 Hari Dan Lebih

Senarai Cuti Panjang Tahun 2024

Setiap kali masuk tahun baru, pastinya antara yang terawal kit tengok di kalendar bila tarikh cuti, berapa lama boleh cuti dan bila adanya cuti panjang. Untuk tahun 2024 ni, banyak ke cuti panjang?

Jika di Malaysia, untuk hari cuti ianya melibatkan hari minggu iaitu sabtu dan ahad. Kemudian cuti umum melibatkan seluruh negara dan cuti khusus yang hanya melibatkan negeri-negeri terpilih sahaja.

Peracangan awal perlu dibuat terutamanya pada awal tahun. Nanti boleh plan bila sesuai untuk bercuti bersama keluarga tanpa menggangu waktu bekerja dan hari persekolahan.

Mungkin cuti hujung minggu 2 hari tak cukup, jadi kena cari mungkin ada gabungan cuti-cuti lain bersama hari minggu yang mana sekali gus boleh cuti panjang 3 hari dan lebih.

Nak tahu bila waktu cuti panjang tahun 2024 ini? Boleh tengok senarai dibawah beserta tarikh cuti panjang yang ada. Mungkin boleh apply cuti sehari dua dan terus boleh cuti panjang.

Senarai Cuti Panjang Tahun 2024

senarai cuti panjang tahun 2024

JANUARI

Tahun Baru (Sabtu - Isnin)

  • Cuti Hujung Minggu - 30 & 31 Januari
  • Cuti Umum & Cuti Ganti - 1 Januari

*Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

Thaipusam (Khamis - Ahad)

  • Cuti Umum - 25 Januari
  • Mohon Cuti - 26 Januari
  • Cuti Hujung Minggu - 27 & 28 Januari

*Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor sahaja

FEBRUARI

Hari Wilayah Persekuruan (Khamis - Ahad)

  • Cuti Umum - 1 Februari
  • Mohon Cuti - 2 Februari
  • Cuti Hujung Minggu - 3 & 4 Februari

*Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja

Tahun Baru Cina (Sabtu - Isnin)

  • Cuti Umum & Cuti Ganti - 10, 11 & 12 Februari

MAC

Nuzul Al-Quran (Khamis - Ahad)

  • Cuti Umum - 28 Mac
  • Mohon Cuti - 29 Mac
  • Cuti Hujung Minggu - 30 & 31 Mac

*Kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak

APRIL

Hari Raya Puasa (Rabu - Ahad)

  • Cuti Umum - 10 & 11 April
  • Mohon Cuti - 12 April
  • Cuti Hujung Minggu - 13 & 14 April

JUN

Hari Keputeraan YDP Agong (Sabtu - Isnin)

  • Cuti Hujung Minggu - 1 & 2 Jun
  • Cuti Umum - 3 Jun

Hari Raya Haji (Sabtu - Isnin)

  • Cuti Hujung Minggu - 15 & 16 Jun
  • Cuti Umum - 17 Jun

JULAI

Awal Muharram (Sabtu - Isnin)

  • Cuti Hujung Minggu - 6 & 7 Julai
  • Cuti Umum & Cuti Ganti - 7 & 8 Julai

SEPTEMBER

Hari Malaysia + Maulidur Rasul (Sabtu - Selasa)

  • Cuti Hujung Minggu - 14 & 15 September
  • Cuti Umum - 16 & 17 September

OKTOBER

Hari Deepavali (Khamis - Ahad)

  • Cuti Umum - 31 Oktober
  • Mohon Cuti - 1 November
  • Cuti Hujung Minggu - 2 & 3 November

Jika dilihat dalam senarai cuti panjang yang 3 hari dan lebih ini, anda hanya perlu mohon cuti sebanyak 4 hari sahaja. Jadi masih banyak annual leave yang anda boleh gunakan.

Kalau nak cuti lebih panjang, anda boleh mohon cuti pada hari sebelum cuti sebenar bermula atau selepas cuti sebenar tersebut. Boleh dapat lagi panjang cuti untuk tahun 2024 ini.

Bulan dan tarikh lain, bukanlah bermakna tiada cuti. Ianya mungkin 1 ke 2 hari sahaja. Untuk cuti panjang ini adalah lebih baik 3 hari dan keatas, barulah puas kalau nak holiday kan.

April ada cuti panjang tak? Ogos ada cuti panjanga tak? Jun ada cuti panjang tak? November ada cuti panjang tak? Jadi boleh mula mula merancang percutian anda sepanjang tahun 2024 ini.

Tertakluk juga kepada perubahan yang dilakukan dari semasa ke semasa

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Cuti Panjang Tahun 2024 - 3 Hari Dan Lebih"