Siaran Langsung Live Streaming KL City vs JDT Liga Super 2024

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs JDT Liga Super 2024

Saingan Liga Super musim 2024/2025 diteruskan lagi dan salah satu perlawanan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini adalah pertemuan KL City vs JDT.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 25 Mei 2024, iaitu hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dengan waktu sepak mula pada pukul 5.30 petang.

Nampaknya ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac perlu membuat banyak persiapan yang rapi apabila bertemu juara sedekad Liga Super nanti.

Jika pada musim lalu, mereka tidak pernah tewas dan hanya sekali sahaja meraih keputusan seri. Pastinya momentum tersebut akan dibawa untuk musim baru kali ini.

Hector Bidoglio juga pasti tidak mahu anak-anak buah mengambil sambil lewa bagi setiap perlawanan yang dihadapi. Jangan pandang rendah setiap lawan yang ditemui.

KL City juga pastinya 'eager' untuk mencari kemenangan pertama dalam saingan liga baru kali ini. Pada perlawanan pertama, mereka hanya mampu meraih sekadar keputusan seri sahaja.

Meskipun tugasnya agak sukar, mereka masih mempunyai kelebihan apabila bermain di halaman sendiri. Termasuk jugalah dengan penyokong sendiri yang hadir nanti.

Siaran Langsung KL City vs JDT Liga Super - Live Streaming

Jika setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim, pastinya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menonton secara live.

Selain di stadium, untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.

Jika anda berada di luar kawasan dan tiada tv, jangan risau. Ini kerana anda masih lagi boleh tonton perlawanan ini secara live streaming di platform RTM Klik secara percuma sahaja.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan perlawanan KL City vs JDT dalam saingan Liga Super 2024/2025 bagi minggu ketiga (LS3) yang akan berlangsung pada 25 Mei ini. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

KL City vs JDT

Masa : 5.30 petang
Venue : Stadium Bolasepak KL
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming KL City vs JDT Liga Super 2024"