Tuesday, 28 August 2018

,

Promosi Menarik Sempena Merdeka Daripada GSC Untuk Tiket Wayang Serendah RM10

Promosi Menarik Sempena Merdeka Daripada GSC Untuk Tiket Wayang Serendah RM10


Promosi Menarik Sempena Merdeka Daripada GSC Untuk Tiket Wayang Serengah RM10 |

Sempena Ogos iaitu Bulan Kemerdekaan dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' yang bakal disambut pada jumaat iaitu 31 Ogos 2018, pihak GSC berbesar hati membuat beberapa promosi menarik yang katanya korang boleh dapatkan harga tiket wayang serendah RM10 di setiap panggung wayang di seluruh Malaysia.

Mungkin sudah ramai pengemar atau kaki wayang sudah tahu, sekarang Golden Screen Cinemas atau GSC telah mengumumkan bahawa setiap tiket yang dibeli bermula daripada 2 Ogos sehingga 26 September 2018 hanya berharga RM10. Adakah setiap masa RM10? Untuk setiap cerita ke? Untuk semua golongan ke? Jom aku kongsikan sedikit terma dan syarat dia bagi yang masih tak tahu

Promosi Menarik Sempena Merdeka Daripada GSC Untuk Tiket Wayang Serendah RM10

Untuk dapatkan tiket RM10 itu, sebenarnya adalah tayangan sebelum jam 1 petang untuk setiap hari. Tetapi jika korang ada kad pelajar, korang boleh dapatkan tiket RM10 sehingga jam 6 petang untuk hari biasa sahaja kecuali hari minggu (sabtu dan ahad). Ianya sudah tentu valid untuk semua cerita, tak kisah, cerita lama atau baru, yang penting tempoh dalam 2 Ogos sehingga 26 September 2018. Ingat harga tiket biasanya RM16 ke RM17. Kan dah jimat, boleh tambah sikit lagi buat beli popcorn. hehe. Korang boleh dapatkan tiket promo disemua tempat yang disediakan sama ada melalui online ataupun terus beli di kaunter tiket.

Selain itu, untuk promosi lain, ada lagi beberapa promosi seperti harga tiket hanya RM4 jika tempah tiket Hong Leong Credit Card. Tempah hanya melalui secara online. Tempohnya sama juga bermula 2 Ogos sehingga 26 September 2018. Tambahan lain, premier class dan gold class pun serendah RM11 dan RM20 tetapi hanya beberapa panggung yang ada seperti GSC Berjaya Times Square, GSC Gurney Plaza, GSC MyTOWN dan GSC 1 Utama sahaja

Bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU, korang akan dapat harga tiket serendah RM8 untuk setiap hari, setiap masa bagi semua cerita. Mana yang tak faham dan nak tengok lebih details berkaitan promosi GSC ni korang boleh lawati website GSC disini. Jadi korang boleh tengok Hantu Kak Limah, Munafik 2, Wheely, The Nun, The First Purge dan macam-macam lagi untuk bulan Ogos dan September ini.
Share:

1 comment: