Tahniah Shiro Akhirnya Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018


Semalam sudah terjawab kumpulan manakah yang menjuarai rancangan realiti terkenal Astro iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM). Bermula dengan program Maharaja Lawak pada 2011 kemudian dinaik taraf kepada Maharaja Lawak, pelbagai kumpulan telah memenangi pertandingan ini antaranya adalah Sepah, Jozan, Sepatu, Zero dan Bocey. Akhirnya pada 2018 ini, kumpulan lain pula yang memenanginya iaitu Shiro.


Tahniah Shiro Akhirnya Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018

Shiro yang disertai oleh Ajak dan juga Shahrul berentap bersama 11 kumpulan dan 2 peserta solo yang berasal daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura lain berentap sesama sendiri selama 12 bulan. Pelbagai tema yang diberikan setiap minggu. Setiap minggu juga peserta-peserta mempersembahkan lawak jenaka terbaik dan adat pertandingan pasti ada yang kalah atau tersingkir setiap kali minggu berakhir.

Akhirnya semalam dengan 5 kumpulan yang tinggal, Zero, Shiro, Bocey, Taman dan Puteh berentap di Royal Theatre, Shah Alam dengan 2 tema berbeza yang diberi iaitu Bebas dan Muzikal. MLM kali ini diadili oleh 4 juri iaitu Douglas Lim, Tia, Remy Ishak dan Scha Alyahya yang mana mereka mewakili 70% markah dan selebih 30% daripada markah undian daripada aplikasi Tik Tok. Yang pastinya malam tersebut dimeriahkan oleh pengacara bersahaja daripada Dato AC Mizal. Sejak daripada Maharaja Lawak lagi, muka dia je la kan.

Shiro MLM kali ini tampil dengan lawak bermoral dimana setiap persembahan mereka pasti akan ada pengajaran atau kata-kata moral yang disampaikan selain daripada lawak bersahaja mereka. Walaupun aku tak tengok secara keseluruhan rancangan ini, aku pernah tengok beberapa persembahan Shiro dan sememamngnya ada diselit pengajaran di dalam lewak mereka.


Jadi jom kita tengok senarai pemenang lain di Maharaja Lawak Mega 2018 kali ini

Juara : Shiro (RM500,000 berserta trofi)
Naik Juara : Bocey (RM250,000 beserta trofi)
Tempat Ke-3 : Zero (RM150,000 beserta trofi)
Tempat Ke-4 : Puteh (RM50,000 beserta trofi)
Tempat Ke-5 : Taman (RM15,000 beserta trofi)

Ketua Juri, Douglas Lim berkata, kemenangan Shiro tidak perlu dipertikai apabila melihat jumlah markah mereka jauh mendahului peserta lain. “Mereka menunjukkan konsisten dari minggu pertama sehingga minggu ke-12. Pada semi final sebelum ini mereka agak kurang pada persembahan pertama dan mereka mengakuinya kerana mungkin tak cukup latihan,” katanya pada sidang media MLM 2018 di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Tahniah Shiro Akhirnya Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018

7/Post a Comment/Comments

  1. nak tengok ulangan la sbb x larat nak tongkat mata..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Shiro dah semua peserta akhir MLM
    Lumayan hadiahnya

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat shiro, rezeki diorang tahun ni.

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  4. wahhh da habis yeee..tahniah buat shiro! saya singgah sini juga!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post