Tuesday, 12 March 2019

, , ,

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United



Semalam dunia bola sepak digemparkan dengan satu berita persaraan. Ramai sudah kenal dengan seorang pengurus yang teguh dengan pendirian filosofi atau falsafahnya tersendiri iaitu Louis Van Gaal. Ya, LVG telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada dunia bola sepak sebagai pengurus di usia 67 tahun.

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United




"My wife Trust us gave up her job for me 22 years ago, and followed me when I went abroad. I told her I would quit as a coach when I turned 55, but instead kept going until I was 65. "She is entitled to have a life with me outside of football. I can say she is very happy. I think I could have worked as a technical director."

Sepanjang kareer beliau sebagai pengurus pasukan, LVG telah mengurus dan memegang bersama 5 pasukan kelab bola sepak dan 1 pasukan negara. Masing-masing adalah :

1991–1997 Ajax
1997–2000 Barcelona
2000–2002 Netherlands
2002–2003 Barcelona
2005–2009 AZ Alkmaar
2009–2011 Bayern Munich
2012–2014 Netherlands
2014–2016 Manchester United

Selama memegang kelab bola sepak, beliau telah memenangi pelbagai piala berprestij seperti UEFA Champions League (UCL) pada tahun 94/95 bersama Ajax, Juara La Liga bersama Barcelona, Juara Bundesliga bersama Bayern Munich dan satu-satunya piala bersama kelab terakhir beliau Manchester United dengan memenangi FA Cup edisi 15/16. Bagi kelab Belanda, pencapaian yang paling tertinggi adalah tempat ke-3 di Piala Dunia 2014 yang diadakah di Rio, Brazil. Tahniah LVG atas pencapaian yang membanggakan.

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Selain pencapaian yang membanggakan, LVG juga telah memberi impak positif kepada kelab terakhir beliau iaitu Manchester United iaitu telah memberi peluang hampir 13 pemain muda akademi untuk debut pemain senior di dalam liga utama (EPL). Jadi jom kita tengok senarai pemain muda yang telah diberi peluang oleh LVG untuk beraksi di peringkat tertinggi liga dari 2014 sehingga 2016



1.   Jesse Lingard

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Lingard sebenarnya telah menyertai pasukan utama terlebih dahulu dibawah pengurus David Moyes tetapi di dalam pre-season tour yang selepas itu telah dipinjam dibeberapa kelab sebelum kembali ke Manchester United. Sejurus selepas itu, barulah Lingard diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan utama di EPL ketika bertemu Sweansea pada Ogos 2014. Sehingga sekarang masih bersama pasukan utama dengan telah menjaringkan 29 gol setakat ini.


2.   Paddy McNair

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Paddy McNair bermula youth career di Manchester United bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2014 beliau telah melakukan debut pertama bagi pasukan senior ketika menentang West Ham. Beliau sekarang sudah tidak lagi bersama United. Selapas itu, 2 kelab telah menggunakan khidmat beliau iaitu Sunderland dan Middlesbrough (sehingga sekarang)


3.   Saidy Janko

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Saidy Janko merupakan salah seorang pemain yang bermula youth career di Manchester United ketika era Louis Van Gaal. Walaupun beliau tidak pernah bermain di Liga Utama, tetapi beliau telah diturunkan bersama skuad senior dengan debut pertamanya menentang MK Dons pada Ogos 2014 yang kesudahanya agak tragis di pertandingan Piala Liga. haha Sekarang beliau bersama pasukan Nottingham Forest yang di pinjamkan daripada FC Porto.



4.   Tom Thorpe

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Bermula sebagai pemain muda di Manchester United dan telah melakukan debut pertamanya bersama pasukan senior di bawah pengurus LVG dalam perlawanan menentang West Ham di mana telah menggantikan Di Maria pada September 2014. Kelab terkahirnya buat masa sekarang adalah ATK yang sebelum ini telah bersama beberapa kelab lain antaranya adalah Bolton Wonderers.


5.   Reece James

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Reece James juga merupakan pemain muda yang diberi peluang bermain bersama pasukan utama di bawah pengurus LVG. Beliau membuat debut juga bukan di liga utama tetapi di dalam Piala Liga pada Ogos 2014 menentang MK Dons. Selepas itu, beliau berkelana di beberapa kelab yang akhirnya sekarang beliau bersama Sunderland.


6.   Tyler Blackett

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Pemain ini bagi aku mempunyai peluang cerah bersama United dengan lagaknya bersahaja di atas padang, tetapi sayang telah pun dijual. Beliau juga pemain muda akademi yang telah melalukan debut menentang Swansea pada Ogos 2014 di Liga Utama. Selepas di jual, kini beliau bersama kelab Reading. Not bad juga mamat ni.


7.   Andreas Pereira

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Pereira lulus tahap kehenseman dan corak permainan. Beliau dari akademi Man United telah diturunkan bersama skuad senior di dalam perlawanan Piala Liga juga menentang MK Dons pada Ogos 2014. Selepas bersama United, beliau telah dipinjamkan ke 2 kelab yang terahirnya adalah Valencia. Kini beliau kembali bersama skuad senior Manchester United. Terima kasih LVG bagi peluang kepada mamat ni. Ole tolong asah bakat mamat ni lagi.



8.   Cameron Borthwick-Jackson

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Beliau juga bagi pemerhati dan peminat Man United antara pemain yang boleh bersinar jika terus diberi peluang. LVG telah memberi ruang kepada beliau untuk debut pertamanya menentang West Brom di EPL pada November 2015 iaitu masuk menggantikan Marcus Rojo ketika itu. Ikut maklumat, beliau tidak dijual tetapi dipinjamkan ke beberapa kelab yang kini bersama Scunthorpe United. Kontrak beliau akan tamat bersama United pada 2020. Adakah beliau akan kembali bersama skuad utama Man United. Kita tunggu sahaja.


9.    Donald Love

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Donald Love bermula di skuad muda pada 2013 dan berjaya menambat hati LVG yang seterusnya diberi peluang bermain bersama skuad senior pada Februari 2016 di EPL yang ketika itu menentang Sunderland. Kini beliau bersama kelab lawan pertamanya iaitu Sunderland. Cinta Donald.


10.   Joe Riley

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Beliau telah berjaya tembusi dan bermain bersama skuad senior di bawah LVG ketika di dalam saingan FA Cup bagi menetang Shrewsbury Town pada Februari 2016. Selepas itu, beliau juga turut berkelana di tempat atau kelab lain iaitu Bradford City sehingga sekarang.


11.   Timothy Fosu-Mensah

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Fosu-Mensah juga merupakan pemain yang boleh bersinar jika diberi lebih peluang. Beliau melalukan debut ketika menentang Arsenal di saingan Liga pada Februari 2016. Fizikalnya dan kelajuannya juga bagi sangat baik untuk bersaing dengan player lain. Kontrak beliau bersama United sehingga 2020, tetapi kini beliau masih di EPL tetapi dengan pasukan yang lain iaitu Fulham sebagai pemain pinjaman. Mungkin selepas pinjamannya habis kelak, beliau akan kembali beraksi bersama Man United? Tunggu dah lihat sahaja.


12.   James Weir

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

James Weir juga telah diberi peluang oleh LVG untuk beraksi diperingkat lebih tinggi bersama pasukan senior. Beliau melalukan debut ketika bertemu Arsenal di EPL pada Februari 2016 juga. Sama seperti Mensah. Kini beliau bersama Wigan Athletic.


13.   Marcus Rashford

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United

I have always been a United fan, so to be playing in the first team really is a dream come true

Pemain yang sudah pastinya paling bernilai setakat ini pernah dinaikkan oleh LVG dariapda youth team iaitu Marcus Rashford. Sejak debutnya bersama sekuad senior di saingan tertinggi UEL menentang Midtjylland, beliau terus bersinar. Pada perlawanan itu sendiri beliau telah menjaringkan 2 gol. Selain itu, debut di EPL juga menentang Arsenal, beliau juga menjaringkan gol. Sehingga hari ini beliau telah berjaya menjaringkan 43 gol bersama skuad utama Manchester United dan telah diberi kepercayaan untuk memakai jersi no 10. Semoga terus sukses Rashford.



Ini menunjukkan Louis Van Gaal telah memberi ruang yang cukup kepada pemain muda untuk menimba pengalaman diperingkat tertinggi di Liga Inggeris. Nyatanya ramai pemain muda yang menyerlah selepas itu. Itulah falsafah yang dipegang oleh LVG yang mungkin tiada pada orang lain. Jadi selamat bersama boss LVG. Terima kasih untuk segalanya ketika memegang tampuk pengurus di Manchester United selama 2 tahun. Terima kasih untuk pemain yang telah dinaikkan dan juga yang telah dibawa masuk selama berada di Man United. 




Share:

1 comment:

  1. bg sy LVG sinonim dgn Ajax...btw mmg x ramai pengurus yg berani pertaruhkan bdk2 akademi msk 1st eleven. klopp sendiri pun kalau amik bdk2, ramai yg panaskan bangku simpanan je

    ReplyDelete