Review Filem Friendzone Daripada Thailand

Review Filem Friendzone

Filem Friendzone sedikit sebanyak sibuk diperkatakan di media sosial sama ada facebook dan twitter. Yang rata-ratanya memberikan maklum balas yang positif daripada filem ini. Jadi selepas aku sendiri menontonnya, tidak boleh tidak aku katanya filem Friendzone sangat menarik.


Kita sedia makluma yang dimaksudkan dengan Friendzone dimana apabila anda mencintai seseorang tetapi orang tersebut cinta anda juga tetapi hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Jadi secara asasnya anda sudah di 'Friendzone' kan.

Diulasan nanti aku akan bagi tahu siapa sebenarnya yang patut menonton filem ini. Mungkin kejadian itu pernah berlaku dalam kehidupan anda atau mungkin anda yang penyabab berlakunya Friendzone ke atas kawan anda tersebut.

Filem : Friendzone
Negara : Thailand
Pengarah : Chayanop Boonprakob
Genre : Romantik komedi
Pelakon : Pimchanok Leuwisetpaiboon, Naphat Siangsomboon, Jason Young
Tarikh Tayangan : April 2019
IMDB : 7.4/10
Penilaian : 7.5/10

Review Filem Friendzone


Sinopsis Filem Friendzone

Selama 10 tahun, Palm terperangkap dalam `friend zone` dengan rakan baiknya Gink. Dia sudah menaruh harapan terhadap wanita itu sejak sekolah tinggi lagi, malah cuba meluahkan perasaannya tetapi ditolak kerana wanita itu hanya mahu berkawan sahaja. Selepas beberapa tahun, mereka semakin rapat antara satu sama lain. Apabila Palm putus cinta dengan teman wanita, Gink akan menenangkannya. Sama seperti Gink, setiap kali dia bergaduh dengan teman lelakinya, tidak kisah di mana wanita itu berada, Palm akan menggunakan kelebihannya sebagai pramugara untuk terbang kepadanya. Sehingga Palm sanggup menghabiskan masanya bersama Gink walau dalam keadaan sekali pun. Jika anda lihat penceritaan ini, sepatutnya babak-babak ini biasa dilakukan oleh pasangan yang bercinta, tetapi tidak pada Palm, ini kerana semua babaknya tidak lebih hanya sebagai seorang kawan terhadap wanita cantik Gink. Sebenarnya kejadian ini dilakukan oleh Gink hanya semata-mata bagi melupakan teman lelakinya yang curang terhadapnya bukan mahu mendapatkan cinta daripada Palm.

Review Filem Friendzone


Ulasan Filem Friendzone

Friendzone merupakan satu kawasan yang anda sekali-kali tidak akan terkeluar daripadanya untuk mendapakan kawasan percintaan. Mungkin sudah ramai yang pernah merasai kawasan tersebut yang akhirnya, kita hanya dianggap kawan walaupun layanan yang diberi oleh kita begitu ikhlas untuk dapatkan cintanya.

Filem ini bagi aku sesuai ditonton oleh individu yang pernah di berada di Friendzone dan berjaya keluar daripada kawasan tersebut ke kawasan percintaan. Dan aku rasa sangat tidak sesuai untuk yang pernah di Friendzone kan sehinggah sekarang, takut anda akan tersakit hati ketika menonton filem ini hahaha

Filem ini secara asasnya hanya difokuskan terhadap 3 watak utama sahaja iaitu Palm (Naphat Siangsomboon), Gink (Pimchanok Luevisadpaibul) dan Ted (Jason Young). Palm dan Gink hanya berkawan rapat selama 10 tahun dan dalam masa yang sama Ted sudah berjaya menambat hati Gink dan dinggap sebagai teman wanitanya.

Review Filem Friendzone

Permulaan Friendzone ini berlaku di sekolah tinggi lagi apabila Palm telah pun meluahkan perasaan cintanya kepada Gink tetapi telah ditolak olehnya kerana mengatakan 'menjadi kawan adalah lebih baik'. Jadi inilah bermulanya kisah Friendzone.

Jalan cerita di dalam filem ini berkisarkan Gink menjadi syak wasangka terhadap Ted yang merasakan beliau telah melakukan curang dibelakangnya. Jadi Gink ingin menyiasat perkara tersebut dengan bantuan Palm. Jadi sepanjang penyiasatan berlaku terjadinya pelbagai adegen antara Palm dan Gink yang kita merasakan sepatutnya mereka patut bercinta.

Selain daripada itu, cerita ini telah melakukan promosi dibeberapa buah negara yang antara menarik minat adalah di Malaysia. Terdapat babak di KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Hotel Pullman Hotels and Resorts. Jadi sedikit berbangga la latar belakang Kuala Lumpur di masukkan di dalam filem Thailand ini.


Tambahan lagi, pelakon filem Pimchanok Luevisadpaibul sebagai Gink membawa watak yang cukup baik mematahkan hati seorang kawan rapatnya Naphat Siangsomboon sebagai Ted. Filem ini menambah lagi best sebab pelakon Pimchanok ini cantik dan comel. Lagi membuatkan ramai yang ingin menontonnya hahaha

Review Filem Friendzone

Review Filem Friendzone

Selepas di zaman persekolahan sudah di Friendzone kan akhirnya Palm membuat sekali lagi keputusan untuk meluahkan perasaanya kepada Gink tetapi bersyarat dimana, jika Gink tidak membalas cintanya, Palm ingin memutuskan hubungan kawan rapat tersebut. Akhirnya Gink masih memberi peluang kedua kepada Ted walaupun telah berlaku curang dan hanya menerima Palm sebagai kawan sahaja. Jadi persahabatan mereka putus.

Tidak sampai disitu sahaja, Gink merasakan selama mana beliau bersama Palm pasti hidupnya akan gembira dan buat kali terakhir dalam filem ini, Gink memutuskan hubungan dengan Ted dan bersetuju menerima lamaran Palm untuk bercinta sekali gus melangsungkan perkahwinan. Proses penerimaan ini semuanya berlaku dalam masa 10 tahun yang rata-ratanya hanya Gink sahaya bergembira sebelum itu.

Cerita ini juga mengajar berkat kesabaran yang pastinya membuahkan hasil hatta dalam skop percintaan. Perasaan manusia juga boleh berubah. 

Cinematography yang sangat cantik, tempat-tempat menarik yang dipilih bagi beberapa buah negara dan diakhiri dengan gambaran di Krabi. Cukup cantik pemandangan Krabi ni rupanya. Kalau pasangan baru berkahwin boleh la datang disini.

Review Filem Friendzone

Dalam filem ini, Ted sebagai seorang komposer lagu dan ingin merakamkan sebuah lagu dengan pelbagai bahasa. Jadi merata la Ted pergi disekitar Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Hong Kong, Malaysia dan banyak lagi. Jadi anda boleh dengar bahasa Melayu turut dituturkan di dalam filem ini.

Jalan cerita yang mudah, lawak yang bersahaja dan pengakhiran yang cukup melegakan hati. Kalau anda tengok separuh sahaja, mungkin anda kecewa. Kene tengok sampai habis baru anda mampu untuk menarik nafas lega dan mampu tersenyum.

Untuk kawan-kawan yang pernah berada di Friendzone, ingat cerita ini, Palm mengambil masa 10 tahun, kenapa tidak anda bukan. Jadi jangan lupakan saksikan filem Friendzone.

6/Post a Comment/Comments

  1. aaaaaaaaaaaaaaaa dah tengok jugakkkk. best gilaaaa

    ReplyDelete
  2. Dah tengok sikit haritu, pastu tertido. haha nampak gayanya kena tengok balik.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/temporary-mini-library-2019.html

    ReplyDelete
  3. baru tengok sikit haritu, kena habiskan lah nanti sebab tiba-tiba sekarang macam viral lak kat twitter

    ReplyDelete
  4. sesekali layan cerita cinta best gak ni

    ReplyDelete
  5. mama penah baca sinopsis filem ni dari sinopsis pun nampak menarik

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post