Recent Posts

Review Filem Orang Kaya Baru Dari Indonesia

Review Filem Orang Kaya Baru Dari Indonesia

Filem Orang Kaya Baru telah ditayangkan di Bioskop, Indonesia pada Januari 2019 yang lepas. Kini filem ini telah pun memasuki tayangan Malaysia melalui platfom penstriman seperti iflix. Jadi anda boleh tonton filem ini dengan dengan percuma dengan hanya melayari laman sesawang iflix atau muat turun aplikasi Android dan iOS.

Filem : Orang Kaya Baru
Negara : Indonesia
Pengarah : Ody C. Harahap
Genre : Komedi, Drama
Pelakon : Raline Shah, Lukman Sardi, Cut Mini, Derby Romero, dan Refal Hady
Tarikh Tayangan : Januari 2019 (Indonesia), Julai 2019 (iflix)
Penilaian : 8/10

Sinopsis Filem Orang Kaya Baru

Filem ini menceritakan dimana sebuah keluarga yang asalnya hidup miskin tiba-tiba secara terus menjadi kaya raya. Keluarga ini merupakan 5 beranak dengan Lukman Sardi berperanan sebagai watak Bapa dan Cut Mini sebagai Ibu yang hidup didalam suasana keluarga yang sederhana di tengah-tengah bandar Indonesia. Di dalam keluarga mereka terdapat 3 orang anak iaitu Derby Romero sebagai Duta, Raline Shah sebagai Tika, dan Fatih Unru sebagai Dodi. Walaupun mereka hidup serba kekurangan tetapi hasil didikan ayah dan ibu mereka, kehidupan mereka seakan cukup dan sempurna walaupun tidak mempunyai duit yang cukup. Secara tiba-tiba mereka menjadi orang kaya baru selepas menerima harta warisan daripada bapanya setelah meninggal dunia. Dengan harta inilah mereka mendapat pengajaran yang mengajar mereka erti sebuah kekeluargaan dan persahabatan.


Ulasan Filem Orang Kaya Baru

Dengan genre komedi, Orang Kaya Bary ini mendapat rating yang cukup baik di imdb iaitu 7/10 dan bagi aku sangat menarik untuk ditonton untuk semua lapisan umur.  

Filem ini pada awal permulaan cerita memperkenalkan watak utama yang mana Duta yang kini belajar teater pementasan, adiknya iaiatu Tika juga sedang belajar di universiti dalam bidang arkitek dan adik bongsunya, Dodi masih belajar di sekolah rendah. Untuk bapa mereka pula bekerja di bengkel manakala ibu mereka menjual kek secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan harian mereka.

Kehidupan mereka walaupun serba kekurangan tetapi mereka bahagian. Mereka hidup bahagian walaupun keadaan rumah yang kecil. Mereka mampu makan bersama setiap hari, duduk bersama berborak seperti tidak mempunyai masalah pun. Bagi mereka, yang kurang hanya duit sahaja. Selain itu mereka kaya.

Tika dan Dodi sering dipermainkan oleh rakan-rakan mereka ketika berada di universiti dan sekolah. Sepertinya mereka dilayan tidak baik kerana status kemiskinan mereka. Tetapi mereka bersabar dengan perangai rakan-rakan mereka. Tika memberi tahu, diluar mungkin dia mempunyai masalah tetapi apabila di rumah bersama keluarga atau bersama teman rapatnya, masalah sepertinya sudah hilang. Inilah antara mesej yang disampaikan oleh bapa didalam filem Orang Kaya Baru dimana keluarga dan rakan adalah segalanya berbanding harta kekayaan.

Filem ini menjadi sedikit emosi dimana tiba-tiba bapa mereka telah meninggal dunia dikala mereka masih mencari hala tuju untuk mengubah hidup mereka. Kata-kata ibu yang terus memberi semangat kepada anak-anak mereka bagi meneruskan pengajian sehingga habis dan mencari pekerjaan yang baik.

Review Filem Orang Kaya Baru Dari Indonesia

Tidak sampai situ sahaja watak bapa rupanya. Sebenarnya sebelum meninggal bapa mereka telah meninggalkan wasiat kepada keluarga mereka berupa harta warisan yang banyak. Sebenarnya disebalik kemiskinan, bapanya sengaja merahsiakan kekayaannya bagi mengajar anaknya supaya sentiasa bersyukur walaupun tidak mempunyai harta.


Setelah bapa meninggal, barulah harta tersebut diserahkan segalanya kepada 4 beranak tersebut sehingga mencecah 30 billion rupiah banyaknya. Dengan harta inilah, kehidupan mereka berubah sekelip mata dan menjadikan mereka orang kaya baru.

Dengan harta ini mereka mula bertukar cara pemakaian, membeli sebuah rumah besar lengkap dengan perabut mahal, beberapa biji kereta dan macam-macam lagi. Tika jika sebelum ini melengkapkan pakaian yang sederhana, tetapi kini sudah pandai bergaya dengan pakaian mewah sehingga menghadiahkan semua motor kepada kekasihnya yang ditemukan di majlis perkahwinan.

Review Filem Orang Kaya Baru Dari Indonesia

Duta pula telah membelanjakan wang tersebut ke dalam bidang teater mereka dimana dia membawa ramai pelakon teater yang terkenal dengan bayaran mahal untuk menjalankan arahan teater dia sendiri. Yang bongsu pula, Dodi membalas dendam kembali kepada kawan-kawanya dengan memperagakan barangan mewah kepada mereka supaya menimbulan iri hati. Ibu pula mendapatkan rantai emas yang diingini olehnya sudah lama yang tidak mampu diberikan oleh bapa sebelum ini. 

Kehidupan mereka hari-kehari semakin senang kerena kini mereka mempunyai duit yang banyak. Jadi mereka bermulalah lupa diri terutamnya watak Tika. Tika yang sebelum ini amat rapat dengan kawan-kawan karibnya, kini sedikit demi sedikit melupakan mereka dan mula berkawan dengan rakan yang lebih kaya dengan cara hidup yang tidak baik seperti suka berparti. Disinilah salah satu pesanan ayah yang diberi sebelum ini kini dilupakan iaitu persahabatan. 

Selain daripada itu, kehidupan kekeluargaan mereka juga semakin renggang. Jika sebelum kaya, mereka sudah pasti ada masa untuk makan bersama tetapi kini tidak lagi. Yang tinggal di meja makan hanyalah Dodi manakala yang lain sibuk dengan hal masing-masing yang ingin diuruskan. Akhirnya Dodi meminta orang gajinya menemannya untuk makan.

Review Filem Orang Kaya Baru Dari Indonesia

Pesanan utamakan keluarga juga turut diingatkan oleh ayah sebelum dia meninggal. Tetapi dik hanyut dengan kekayaan, mereka sudah lupa. Akhirnya mereka menerima pengajaran yang mendalam dimana sebenarnya harta kekayaan tersebut harus dibahagikan juga dengan adik ayah yang tiba-tiba muncul.

Jadi sepatutnya semua harta warisan itu dibahagi 2 kepada keluarga dan juga adik ayah tersebut. Disebabkan mereka telah menggunakan dengan banyak kini mereka berhutang kepada adik ayah tersebut. 

Persembahan teater Duta akhirnya terpaksa dibiayai oleh ahli politik korup, perhiasan emas yang dibeli oleh ibunya terpaksa dijual, rumah, kereta semua dijual kembali. Tika juga telah hilang kekasih dan rakan karibnya kerena hanyut bersama rakan baru yang cara hidupnya tidak baik.

Akhirnya mereka semua sedar harta dan duit bukan segala-galanya. Yang penting kekeluargaan dan persahabatan yang akan membuat diri bahagia. Kini mereka kembali ke rumah kecil mereka tinggal bersama-sama. Tika juga sudah mendapatkan kembalik kekasihnya dan rakan karibnya selepas menyesal atas tingkah lakunya yang melupakan mereka. Keluarga kecil mereka kini kembali bahagia sama seperti dulu. 


Filem Orang Kaya Baru ini menekankan jalan cerita yang senang diikuti, tidak kompleks, tidak berterabur. Jadi iainya sesuai untuk semua lapisan. Dengan adanya pelakon cantik Raline Shah (Tika) pastinya membuatkan filem ini mahu ditonton oleh orang ramai. haha Pelakon-pelakon yang disenaraikan cukup baik menyampaikan wataknya. Antara semua, mungkin ayah nya yang paling kelakar wataknya.

Ianya bukan sekadar filem komedi tetapi penceritaan lebih kepada kasih sayang. Sayang kepada keluarga juga kepada kawan-kawan. Yang mana merekalah yang akan bersama kita dalam susah dan senang hatta walaupun kita tidak punya apa-apa. 

Selain daripada itu, filem ini juga menekankan peranan ketua keluarga, jika buruk ketuanya maka buruklah anak-anaknya. Cerita ini menunjukkan ayah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan baik dan bijak sehinggalah pemergiannya. Mereka sudah mula hilang arah dan hanyut tanpa didikan dan dorongan daripada ketua keluarga.

Dalam cerita ini tidak sarat dengan komedi sebenarnya tetapi terdapat beberapa babak twist yang menjadikannya ianya lawak. Dialog mereka mungkin biasa tetapi penceritaan mereka cukup mencuit hati yang menontonnya. Contohnya babak ketika makan di restoren bersama penjual ais batu, masuk di cafe mewah tanpa mengenakan pakaian formal, kemunculan watak ahli politik korup dan macam-macam lagi. 

Sekian penceritaan jalan cerita dan ulasan ringkas berkaitan filem ini. Jadi, aku sarankan anda pergi tonton dan nilai sendiri filem Orang Kaya Baru

Post a Comment

5 Comments

  1. Nampak macam best cerita ni. tapi takde pulak iflix tu. kt mana ya nk download atau tengok kt tempat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni link dia untuk website https://www.iflix.com/title/movie/227971

      kalau di phone, download je apps iflix dan search orang kaya baru

      Delete
  2. lama x tengok movie dari seberang...menarik OKB..

    ReplyDelete
  3. mcm menarik ni boleh laa tgk cuti pnjg nnt

    ReplyDelete