Jom Semak Senarai Calon Ahli Parlimen Dan DUN Yang Bertanding Di Kawasan Kita

Jom Semak Senarai Calon Ahli Parlimen Dan DUN Yang Bertanding Di Kawasan Kita

Jom Semak Senarai Calon Ahli Parlimen Dan DUN Yang Bertanding Di Kawasan Kita | Pada 28 Mac 2018 yang lepas telah pun diadakan proses penamaan calon serentak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada kali ni, aku tak berkesempatan untuk turun melihat suasana penamaan calon di kawasan aku sendiri kerana terlibat dengan kursus sehari suntuk.

Proses penamaan calon bagi kawasan aku berjalan lancar walaupun ada beberapa kawasan lain yang terlibat dengan beberapa masalah. Katanya ada kawasan yang blackout ketika proses pendaftaran tetapi masih berjalan dengan baik.

PRU14 merupakan tahun ke-2 aku untuk mengundi yang mana aku sempat mengundi pada PRU13 sebelum ini. Tetapi kali ni sedikit berbeza, kerana selepas berlaku persempadanan semula yang diminta oleh SPR, walaupun kawasan Parlimen aku masih sama tetapi kawasan DUN aku bertukar. Lagi jauh pula tu. Entah la. Apa-apapun kat sini aku nak kongsi kepada semua pengundi untuk pertama kali khususnya dan untuk semua pengundi berdaftar amnya cara semak senarai calon ahli Parlimen dan DUN yang bertanding di kawasan kita. 


Cara semak ahli Parlimen dan DUN yang bertanding

1.   Pergi ke lawan web SPR di https://pengundi.spr.gov.my/

Jom Semak Senarai Calon Ahli Parlimen Dan DUN Yang Bertanding Di Kawasan Kita


2.   Masukkan kad pengenalan di ruang yang disediakan

3.   Akan keluar details di mana korang mengundi, di mana pusat mengundi, saluran berapa, masa mengundi senarai ahli Parlimen dan DUN yang bertanding dan sebagainya

Koi bakal mengundi di Parlimen P088 Temerloh dan DUN N30 Mentakab. Yang lebih menarik sampai 5 penjuru untuk Parlimen dan 4 penjuru untuk DUN. hahaha



Jadi pilihan di tangan anda, turun la mengundi dan tolong jangan buat undi rosak walaupun tak suka pada sesebuah parti atau individu. Undi dengan betul, undi dengan bijak, buat pilihan yang betul demi masa depan negara Malaysia.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "Jom Semak Senarai Calon Ahli Parlimen Dan DUN Yang Bertanding Di Kawasan Kita"

Comment Author Avatar
nice sharing... aiman mengundi kat mana
Comment Author Avatar
parlimen temerloh dan dun mentakab.
Comment Author Avatar
ada jugak semak tadi. hahaha tak kenal pun siapa calon tu
Comment Author Avatar
haha dah kene semak kan. ini tengah makan pn nak salam. belanja makan takpa juga kan hahaha
Comment Author Avatar
terima kasih
memang memudahkan untuk tahu nama calon :)
Comment Author Avatar
betul tu. lebih mudah, tapi kenal nama dan parti je la kan
Comment Author Avatar
Setuju bab undi rosak tu, tak beri manfaat pun untuk negara...