Apakah Beza Samak Dan Sertu
Mungkin ada lagi daripada kita masih tidak faham atau kurang faham atau salah berkaitan beza samak dan sertu. Mungkin ada juga antara kita sudah biasa menggunakan perkataan ini daripada zaman sekolah lagi sehingga dah dewasa. Mungkin dia faham tetapi tertukar perkataan sahaja.
"Ko kene samak ni, sebab tadi anjing (najis mughallazah) jilat seluar ko. Tak sah solat nanti". Ini lah biasa kita dengar penggunaan perkataan samak. Jadi betul ke?
Jadi kita mesti perbetulkan apa yang salah selama ini. Sekarang pun untuk dapatkan maklumat agama seperti ini lebih mudah dengan internet yang berada dihujung jari anda sahaja. Tetapi pastikan info dan ilmu yang diperoleh datang daripada sumber yang soheh dan boleh dipercayai lebih-lebih lagi berkaitan dengan agama.
Baca Juga : Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan
Jadi dengan permasalahan seperti beza samak dan sertu ini melalui sumber yang soheh, anda boleh rujuk melalui perkongsian daripada SS Mufti Wilaya, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau ada kongsikan berkaitan perbezaan samak dan sertu yang pastinya ramai lagi masih keliru.
Ikuti perkongsian daripada Mufti Wilayah di bawah ini
Beza Samak Dan Sertu
Samak atau sertu ini berkaitan dengan suci. Suci pula kita bagi umat islam adalah wajib jika kita ingin melakukan ibadah seperti solat. Jadi kalau kita tidak berada di dalam keadaan suci bagaimana kita ingin menghadap Allah dengan melalukan solat.
Sama dan sertu ini juga merupakan salah satu cabang kepada kaedah menyucikan diri.
Kita tengok maksud sertu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat dimana Sertu itu adalah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.
Manakala bagi maksud samak pula dari segi bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat juga, samak mempunyai beberapa makna atau maksud. Antaranya ialah bahan zat yang digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.
Baca Juga : Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?
Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.
Daripada sudut istilah ini, samak diambil daripada perkataan bahasa Arab, الدبغ yang bermaksud, kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang, dengan sesuatu alat yang tajam seperti tawas atau buah manjakani dan seumpamanya.
Sertu pula adalah cara bersuci daripada najis mughalazah iaitu anjing dan khinzir dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat. Hal ini disebutkan di dalam hadith yang riwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah. Riwayat Muslim (279)
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan diatas, samak lebih membawa kepada maksud menyucikan haiwan tersebut manakala sertu adalah menyucikan diri kita sendiri. Jadi lepas ini, jika berlaku mana-mana najis mughallazah terkena pada diri kita, cepat-cepatlah sertu dan hilangan kesan najis tersebut. Harap juga anda sudah faham apakah beza samak dan sertu.
Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh rujuk AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK. Semoga kita diberikan kefahaman yang baik oleh Allah SWT dalam hal-hal agama. Amin
sumber : muftiwp.gov.my
4 comments for "Apakah Beza Samak Dan Sertu"
Nice sharing.