10 Wanita Terkaya Di Dunia Untuk Tahun 2020


Sempena Hari Wanita sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, jadi jom kita tengok siapakah wanita terkaya di dunia untuk tahun 2020 ini. Sedikit sebanyak mungkin dapat memberi inspirasi kepada semua untuk berjaya.

Secara amnya, di Malaysia, International Women's Day ini tidaklah disambut secara rasmi hatta di dunia sekali pun. Mungkin hari ini disebut-sebut bagi memberi sedikit penghargaan kepada kaum wanita khususnya.


Ketahuilah kita lelaki tidak dapat hidup tanpa wanita. Tanpa ibu kita, mungkin kita tidak dilahirkan. Jadi jika ada wanita disekeliling kita, apa kata beri penghargaan kepada mereka dengan memberi hadiah ke atau apa-apa sahaja. Tak tahu nak bagi hadiah apa boleh tengok sini senarai hadiah yang boleh diberi kepada wanita.

Baca Juga : Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Apa-apapun, jom kita tengok senarai wanita terkaya di dunia bagi tahun 2020 hasil kerja dan perusahaan yang dilakukan oleh mereka.


Senarai 10 Wanita Terkaya Di Dunia Tahun 2020


#1. Françoise Bettencourt Meyers, USD$49.3 Bil (RM205.6 Bil)

Françoise Bettencourt Meyers

Françoise Bettencourt Meyers Beliau merupakan cucu kepada pengasas L'Oreal iaitu Eugène Schueller. Kini beliau juga merupakan individu ke 15 terkaya di dunia.

Industri : L’Oreal, 

#2. Alice Walton, USD$44.4 Bil (RM185.2 Bil)

Alice Walton

Tidak seperti abangnya, Alice Walton, anak perempuan kepada pengasas Walmart, Sam Walton tidak mempunyai peranan aktif dalam menjalankan syarikat peruncit terbesar dunia ini. Sebaliknya, dia adalah penaung aktiviti seni yang dilakukan. Dah ayah nak bagi harta, ambil je la kan.

Industri : Retailer, Walmart

#3. Jacqueline Mars, USD$23.9 Bil (RM99.7 Bil)

Jacqueline Mars

Jacqueline Mars merupakan cucu kepada Frank C. Mars yang merupakan founder kepada syarikah pembuat coklat Mars, Inc.

Industri : Mars, Inc.

#4. Yang Huiyan & Family, USD$22.1 Bil (RM92.2 Bil)

Yang Huiyan

Beliau juga merupakan wanita terkaya di China dan pernah menerima takhta wanita terkaya di China seawal umur 25 tahun apabila menerima 25 peratus pegangan daripada syarikat milik ayahnya.

Industri : Country Garden Holdings


#5. Susanne Klatten, USD$21 Bil (RM87.6)

Susanne Klatten

Beliau juga merupakan individu kedua terkaya di Jerman untuk tahun 2020. Siapa sangka beliau peroleh share dalam industri automobil dan chemical company.

Industri : BMW & Altana

#6. Laurene Powell Jobs, USD$18.6 Bil (RM77.5 Bil)

Laurene Powell Jobs

Balu kepada Steve Jobs mewarasi lebih USD$20 billion daripada suaminya selepas kematiannya pada 2011.

Industri : Apple & Disney

#7. Abigail Johnson, USD$15.6 Bil (RM65 Bil)

Abigail Johnson

Merupakan pewaris syarikat ini daripada Datuknya dan menjadi salah seorang wanita yang paling berkuasa dalam bidang kewangan.

Industri : Fidelity Investments

#8. Iris Fontbona & family, USD$15.4 Bil (RM64.2 Bil)

Iris Fontbona

Iris Fontbona mewarisi syarikat suaminya selepas pemergiannya pada tahun 2005. Syarikat tersebut fokus kepada lombong tembaga di Chile dan berdagang di Bursa Saham London.

Industri : Antofagasta Plc


#9. Gina Rinehart, USD$15.2 Bil (RM63.4 Bil)

Gina Rinehart

Gina Rinehart memegang takhta individu terkaya di Australian bagi tahun 2019. Beliau merupakan pemilik syarikat Hancock Prospecting yang fokus kepada aktiviti perlombongan

Industri : Hancock Prospecting

#10. Kwong Siu-hing, USD$15.1 Bil (RM62.9 Bil)

Kwong Siu-hing

Kwong Siu-hing merupakan balu kepada Kwok Tak-seng yang merupakan co-founder kepada Sun Hung Kai Properties. Beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut denga 26.58%

Industri : Sun Hung Kai Properties


Dapatkan berita penuh di pautan forbes.com untuk ketahui lagi lebih cerita berkaitan jutawan-jutawan ini.

1/Post a Comment/Comments

  1. cam kot rasa nya if kaya? hahaa..
    tapi if yg kaya kerana usaha diri sendiri mmg harus dibangga,
    yg memang dah dari keluarga kaya tu, mmg bertuah

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended