Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050 - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Tuesday, 12 November 2019

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Bumi kini semakin tua, sudah berapa zaman yang dihadapi oleh bumi sejak penciptaannya. Sehingga kini, ada mengatakan usia bumi lebih daripada 4 juta tahun. Ya, ianya sangat tua. Kini ditambah lagi dengan kekacauan dan kerosakan daripada tangan-tangan manusia yang pastinya akan memberi kesan buruk kepada bumi.


Disebabkan kerosakan yang dibuat inilah, terjadinya fenomena alam yang luar biasa seperti berlaku tsunami, letusan gunung berapi, pemanasan global yang melampau, kenaikan paras air laut dan sebagainya.

Dengan situasi inilah, ada kajian yang dibuat mengatakan pada tahun 2050, sebahagian Malaysia akan 'hilang' daripada peta dunia iaitu tenggelam kerana kenaikan paras air luat disebabkan banyak faktor yang antaranya adalah cairnya iceberg di Kutub Utara.

Baca Juga Perkara Kagum Di Jepun. Highway Tembus Bangunan

Anda boleh baca perkongsian daripada Twitter Centre for Governance and Political Studies menunjukkan dimana sebahagian Malaysia akan tenggelam daripada peta dunia akibat daripada kenaikkan paras air laut menjelang tahun 2050. Ianya dipetik daripada coastal.climatecentral.orgDisitu anda boleh lihat, negara dan bandar yang akan terjejas pada tahun 2050 kerana kenaikan paras air laut hasil daripada kajian mereka sendiri.


Kajian yang dibuat ini menggunakan model CoastalDEM iaitu suatu pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM) sehingga mengeluarkan data dimana terdapat 9 negeri yang akan tenggelam pada tahun 2050 antaranya adalah  Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Antara Bandar Terjejas Di Malaysia


Kawasan yang bertanda merah itulah dimana kawasan atau bandar yang akan dinaiki air kerana paras air laut meningkat menjelang tahun 2050. 
  • Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
  • Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  •  Alor Setar menjadi sebuah pulau
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • Muar tenggelam
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • Pekan, Pahang juga akan tenggelam
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • Port Klang tenggelam
  • Shah Alam menggecil
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050


  • KLIA bertempat di sebelah pantai
Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Jika dilihat daripada kawasan yang terjejas, sebenarnya banyak lagi bandar yang turut tenggelam yang berada di berdekatan dengan pantai. Jika mengikut kajian ini, pastinya pada tahun tersebut ramai penduduk daripada kawasan tersebut akan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi untuk mencari penempatan yang lain pula. 


Bagi mengelakkan kejadian ini benar-benar berlaku, kita harus sama-sama menjaga bumi kita ini. Kurangkanlah segala aktiviti yang boleh menyebabkan pemanasan global supaya iceberg di Kutub Utara tidak akan cair dan sekali gus kenaikkan paras air laut tidak akan terjadi.

Kejadian Serupa Berlaku Di Dunia


Sebenarnya, fenomena yang dijangkakan ini tidaklah berlaku di Malaysia sahaja, tetapi ianya berlaku di seluruh dunia. Antara yang terlibat adalah dari segi jumlah penduduk yang dipindahkan seperti China: 43 juta, Bangladesh: 19 juta (15% drpd jumlah penduduk), Vietnam: 26 juta (23%”) dan Thailand: 17 juta (15% “). Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira.

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Keseluruhan bahagian selatan Vietnam, termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050. Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap.

Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Kongsikan Artikel Ini

5 comments

  1. nak tak nak itu akan berlaku juga, dunia ini dah semakin tua, kadang itu terjadi pun dari kesilapan dan ke khilafan kita sendiri, pemanasan global antara salah satu sebab utama terjadi hal ini

    ReplyDelete
  2. ngeri pulak rasanya...
    kalau diizinkan Allah untuk ammi merasa hidup sampai 2050...masa tu umur ammi 71 tahun.

    ReplyDelete
  3. tengok peta tu kami kat Sik, Kedah tak ditenggelami air. mungkin sebab jauh ke pedalaman dan kawasan geografi berbukit

    ReplyDelete
  4. scary tapi tu lah hukum alam, anything possible. begitu agaknya bagaimana terjumpa nya sejarah2 kediaman even di dasar laut. Miri for sure memang tenggelam lah 😲😲😲

    ReplyDelete
  5. takutnya saya! kalau malaysia pun bisa tenggelam, agaknya spore tu hilang terus!

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done