Saksikan Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra (Astro Originals)

Saksikan Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra (Astro Originals)

Drama siri premium (Astro Originals) diteruskan lagi dengan drama 'Projek Anchor SPM' yang akan mula ditayangkan pada 15 Mac 2021 di Astro Citra. Drama ini bakal mengantikan dramai siri sebelum ini Kampong Pisang Bersiri-Siri.

Jika ditonton melalui klik trailer yang dikongsikan di youtube Astra Shaw sepertinya ianya menceritakan sekumpulan pelajar yang cuba membuat penipuan di dalam peperiksaan. Dengan klik ini, sekali gus mencetuskan isu katanya, drama ini dikatakan meniru filem Thailand, Bad Genius.

Walaubagaimanapun, pengarahnya Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf menidakkan kerana perbezaan genre pada kedua-dua cerita ini. Filem tersebut datang dengan genre thriller, manakala drama siri ini dengan genre persahabat, ukhwah atau young adult. 

Saksikan Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra (Astro Originals)

Tapi sebenarnya kalau tiru pun, tiada masalah pun. Sekurang-kurangnya, pengarah Malaysia mampu menghasilkan genre berbeza daripada drama cinta yang biasa kita lihat dikaca tv sekarang ini yang kebanyakkannya adaptasi novel. Lagi kan pula, katanya drama siri premium ini di inspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia sebelum ini.

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Projek Anchor SPM ini ialah Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Fadhli Masoot, Taufiq Izmir dan Danish Hazriq

Selain itu, ada juga nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman, Tony Eusoff, Susan Lankester dan ramai lagi.

Watak

  • Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
  • Aedy Ashraf sebagai Aizat
  • Shasha Abedul sebagai Jaja
  • Nadhir Nasar sebagai Hilmi
  • Chubb-E sebagai Botol
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
  • Tony Eusoff sebagai Zubir
  • Daniella Sya sebagai Tai Ying
  • Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
  • Fadhli Masoot sebagai Zaim
  • Taufiq Izmir sebagai Cheng

Saksikan Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra (Astro Originals)

Produksi

Cerita ini diarahkan oleh 2 pengarah iaitu Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf. Salah seorang daripadanya dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan skrip iaitu datang dari Anwari Ashraf. Drama ini diterbitkan oleh Alpha47 Films dengan kerjasam daripada Astro Shaw.

Sinopsis Drama Projek Anchor SPM

Secara amnya, drama ini mengisahkan sekumpulan pelajar dari sekolah berasrama penuh elit, Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) Cameron Higland. Aizat (Aedy Ashraf) merupakan seorang kapten pasukan ragbi, bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha) seorang pelajar cemerlang untuk membantu rakan setingkatan mereka cemerlang SPM iaitu melalui strategi meniru besar-besaran yang terancang dan rumit.

Walaubagaimanapun, pengetua STIA yang sentiasa selangkah dihadapan mereka sering menjadi halangan kepada rancangan-rancangan licik mereka. Sekali gus menyukarkan lagi gerak kerja penipuan mereka.

Berlatar belakangkan tahun 2003 (School Of 2003). Adakah mereka akan berjaya melepasi peperiksaan SPM dengan strategi menipu besar-besaran atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan dan jangan lupa tonton semua episod cerita ini.

Saksikan Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra (Astro Originals)

Saksikan Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra (Astro Originals)

Waktu Siaran

Drama Projek: Anchor SPM akan disiarkan sebanyak 8 episod bermula 15 Mac 2021. Drama disiarkan pada setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra 128 dan Citra HD 108. Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.



0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post