Saksikan Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri Eksklusif Hanya Di Astro Citra

Saksikan Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri Eksklusif Hanya Di Astro Citra

Akhirnya drama siri Kampong Pisang Bersiri-siri yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bermula 7 Disember, saksikan kesemua 12 episod eksklusif hanya di Astro Citra.

Astro sudah hasilkan drama siri Astro Original dan pastinya tiada di tempat lain. Pengarahnya, Mamat Khalid sendiri mengatakan walaupun ianya level drama bersiri yang ditayangkan di tv tetapi kualiti yang diberikan adalah setaraf sebuah filem. Anda bayangkan, anda menonton 12 filem hasil tangan pengarah legend setiap minggu.

Drama siri Kampong Pisang Bersiri-siri menampilkan ramai pelakon hebat dan katanya kesemua pelakon yang pernah membintangi filem-filem Mamat Khalid ada dalam siri kali ini. Ada yang menjadi pelakon tetap dan ada juga hadir sebagai cameo. 

BACASenarai Nombor Channel Astro Yang Baru Bermula 1 April 2020

Tayangan : 12 episod di Astro Citra
Pengarah : Mamat Khalid
Penerbit : Astro
Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Saksikan Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri Eksklusif Hanya Di Astro Citra

Sinopsis Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri

Masih berlatarbelakangkan Kampong Pisang, drama siri katanya merupakan sebuah prequel kepada semua karya filem Mamat Khalid sebelum ini. Antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa. Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Setiap minggu, barisan penduduk tetap Kampong Pisang akan menerima cameo daripada barisan pelakon hebat bergilir-gilir seperti Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya dan Shuk Sahar.

Selama 12 episod ini, penduduk Kampong Pisang akan melalui pelbagai peristiwa misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja perkara pelik yang menimpa mereka seperti kedatangan hantu, toyol, zombi, pocong, makhluk asing dan katanya hantu kak limah pun ada. Pastinya huru-hara la kampong pisang ini.

Saksikan Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri Eksklusif Hanya Di Astro Citra

Saksikan Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri Eksklusif Hanya Di Astro Citra

Saksikan Drama Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri Eksklusif Hanya Di Astro Citra

Kita pasti dapat melihat lontaran dialog yang bersahaja, lawak kering yang akan membuatkan kita gelak. Siapa tak tahu dengan jenaka hasil daripada karya Mamat Khalid kan. Nak tahu apa kesudahannya, kena tengok kesemua episod Kampung Pisang Bersiri-Siri nanti la.

Waktu Siaran

Drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri ini akan disiarkan untuk 12 episod dengan pelbagai tajuk. Tayangan bermula pada 7 Disember 2020 yang disiarkan pada setiap Isnin, jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD. Anda juga boleh saksikan melalui Astro Go.

Semua Episod Kampong Pisang Bersiri-Siri

Episod 1 (Toyol oh Toyol)

Episod 2 (Hantu Rempit)

Episod 3 (Serigala Jadian - Bahagian 1)

Episod 4 (Serigala Jadian - Bahagian 2)

Episod 5 (Orang Minyak)

Episod 6 (Husin Kembali Bersama Zombi - Bahagian 1)

Episod 7 (Husin Kembali Bersama Zombi - Bahagian 2)

Episod 8 (Hutan & Penunggunya)

Episod 9 (Lailasari Mak Kak Limah)

Episod 10 (Pomcom Kampung Pisang)

Episod 11 (Alam Pak Din - Bahagian 1)

Episod 12 (Alam Pak Din - Bahagian 2)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post