Caj Parking MPT (Temerloh) Naik Kepada 60 Sen Sejam Bermula 1 Januari 2022

Ku sangka minyak atau barang je naik, rupanya caj parking pun boleh naik. Jadi untuk orang Temerloh, bermula 1 Januari 2022 nanti, kadar caj parking MPT akan mengalami kenaikan.

BACA : Asal-Usul Nama Daerah Temerloh. Kenapa Ianya Diberi Nama Temerloh?

Beberapa minggu sebelumnya, tular gambar khususnya di group-group facebook Temerloh apabila pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengeluarkan flyer dengan menunjukkan kadar caj tempat letak kereta yang baru.

Harga baru tersebut bukanlah tertakluk pada kupon harian atau kupon perjam malahan untuk pas bulanan dan petak khas juga mengalami kenaikkan harga.

Jadi melalui perkongsian tersebut, macam-macam la riaksi terutamanya bagi mereka yang kerap menggunakan kenderaan sendiri untuk bekerja di bandar Temerloh khususnya.

Harga Baru Bagi Kadar Caj Tempat Letak Kereta (Parking) Di Temerloh

Bermula 1 Januari 2022, kadar caj tempat letak kereta (parking) di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) adalah RM0.60 sejam berbanding RM0.43 sejam sebelum ini.

Oleh yang demikian, kadar jualan kupon, pas bulanan dan petak khas tempat letak kereta YANG BARU adalah seperti berikut:

  • Kupon Perjam : 1 jam pertama, RM0.60 sejam
  • Kupon Harian : RM4.80 sehari (1 buku ada 10 keping kupon)
  • Pas Bulanan : RM75.00 sebulan
  • Petak Khas : RM120.00 sebulan

Kesemua harga yang baru yang dipaparkan ini adalah termasuk SST 6%

Untuk perbandingan dengan kadar bayaran yang lama

  • Kupon Perjam : 1 jam pertama, RM0.43 sejam
  • Kupon Harian : RM3.50 sehari
  • Pas Bulanan : RM53.00 sebulan
  • Petak Khas : RM95.40 sebulan

Selari dengan kadar kenaikkan caj parking ini, mungkin pihak MPT boleh implement atau gunakan bayaran secara online seperti di bandar Kuantan, Bentong, Cameron Highland dan Maran.

Tak perlu nak guna kupon dah. Boleh bayar secara online sahaja. Jimat masa dengan menggunakan platform sedia ada iaitu Pahang Go. Dah tahun 2022 kot. Come on lah!

Macam mana sebuah bandar kedua terbesar di Pahang iaitu Temerloh masih menggunakan kupon parking sedangkan bandar kecil seperti Maran dah boleh bayar online.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post