Saksikan Drama Tetuan Ang & Rahimin Di Astro Ria

Drama Tetuan Ang dan Rahimin Di Astro Ria

Menyusuli 4 Abdul 1 Mohd, drama siri terbaru berjudul Tetuan Ang & Rahimin akan mengisi slot drama 11 malam bermula 14 Februari 2022 yang akan bersiaran di Astro Ria.

BACA : Tonton Drama Bersiri Ex Aku Pontianak Di Astro Ria (Gempak Original Series)

Drama bersiri ini merupakan terbitan KL Motion Pictures Sdn. Bhd, diarahkan oleh Wan Hasliza dan Wan Alauddin serta nukila skrip oleh Wan Hasliza, Nurul Syahida, Rashidi Ishak, Johan Bahar dan Keen.

Episod : 20
Pengarah : Wan Alauddin & Wan Hasliza
Idea Asal : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza, Nuru Syahida, Rashidi Ishak, Johan Bahar & Keen
Penerbit : Wani Hasliza & Jamaludin Karim
Produksi : KL Motion Picture Sdn. Bhd.

Drama Tetuan Ang dan Rahimin Di Astro Ria

Pelakon & Watak

Drama ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Daiyan Trisha, Ben Amir, Rashidi Ishak, Anita Baharom dan Shahril Sarjen.

Mereka dibantu oleh Nurkamelia Mustaffa, Hydar Hasanudin, Wan Ellyas, Muhammad Taufiq, Ieka Zulkifli, Anna Mellisa, Siti Hajar, Shukri Tahir, Adi Bear, Syahiera dan ramai lagi

  • Daiyan Trisha sebagai Budi
  • Ben Amir sebagai Rahimin
  • Rashidi Ishak sebagai Azlan Ang
  • Anita Baharom sebagai Salmah (Kak Sal)
  • Shahril Sarjen sebagai Maiman
  • Nurkamelia Mustaffa sebagai Karina
  • Ellyas Abdullah sebagai Shaukie
  • Muhammad Taufiq sebagai Taufiq
  • Ieka Zulkifli sebagai Datin Julie

Sinopsis Drama Tetuan & Rahimin

Drama siri Tetuan Ang & Rahimin mengisahkan dunia guaman yang banyak pancarobanya, apatah lagi jika peguamnya muda dan tidak berpengalaman.

Firma guaman Tetuan Ang & Rahimin berhadapan dengan masalah kewangan apabila Karina membuat keputusan untuk meninggalkan firma tersebut dan membawa klien mereka bersamanya. Peguam muda dan baru, Budi, berusaha untuk membantu peguam Ang & Rahimin supaya firma mereka dapat terus beroperasi.

Suasana menjadi huru-hara apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya. Mampukah Budi mengharungi cabaran kes-kes firmanya serta karenah anak-anak guamnya?

Drama Tetuan Ang dan Rahimin Di Astro Ria

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Tetuan Ang & Rahimin bermula 14 Februar ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam di Astro Ria 104.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel bagi tontonan bila-bila masa sahaja.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post