Jadual Pertandingan Atlet Malaysia Di Olimpik Beijing 2022 (Winter)

Jadual Pertandingan Wakil Malaysia Dalam Olimpik Winter Beijing 2022

Selepas sukan Olimpik Tokyo 2022, kemudian Paralimpik Tokyo 2020 dan kini sudah tiba pula satu lagi acara sukan berpestij tinggi iaitu Olimpik Musim Sejuk (Winter) Beijing 2022.

2022 Winter Olympics atau juga dikenali dengan Beijing 2022 merupakan sebuah acara sukan yang dijadualkan berlangsung bermula 4 hingga 20 Februari 2022 di Beijing, China.

Untuk acara bagi sukan musim sejuk ini pastinya berbeza dengan acara yang terdapat dalam sukan Olimpik musim panas dan kali ini terdapat 109 acara dengan 15 disiplin sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 91 buah negara termasuk Malaysia.

Atlet Dan Wakil Malaysia Dalam Olimpik Beijing 2022

Walaupun di Malaysia tidak berlaku musim sejuk dan tiada salji, tetapi Malaysia telah berjaya menghantar atlet dalam temasya kali ini. Ini juga merupakan kali ke-2 Malaysia mempunyai wakil dalam sukan olimpik musim sejuk selepas edisi PyeongChang 2018 yang lalu.

Edisi kali ini terdapat 2 wakil negara dalam 3 acara yang melibatkan 1 disiplin sukan iaitu Alpine Skiing :

1.  Jeffrey Webb

  • Men's Slalom

2.  Aruwin Idami Salehhuddin

  • Women's Slalom
  • Women's Giant Slalom

Manakala Ms. Moira Tan Siew See akan jadi Chef de Mission sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

wakil malaysia dalam olimpik beijing 2022

Jadual Pertandingan Bagi Wakil Malaysia Untuk Olimpik Beijing 2022

Walaupun kita tidak memiliki wakil yang ramai, tetapi rakyat Malaysia boleh menonton acara sukan ini secara langsung apabila RTM, Astro dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi untuk temasya kali ini.

Menerusi RTM, liputan siaran langsung akan bermula 4 hingga 20 Februari 2022 menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM (Myfreeview 111) dan juga RTM KLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my.

Untuk Unifi TV, anda boleh saksikan di saluran Unifi TV Sport 702/703/704 bermula 2 hingga 20 Februari 2022 atau tonton secara percuma di PlayTv@Unifi

Astro juga akan membawakan siarang langsung menerusi saluran khas Olimpik di Astro Supersport 810 dan di Astro Go khusus untuk pelanggan Pek Sukan.

Untuk Acara Pembukaan Beijing 2022 akan berlangsung pada 4 Februari pada jam 7.55 malam waktu Malaysia di saluran Astro Supersport 810, Astro Arena 802, TV2, Sukan RTM (Myfreeview 111) dan Unifi TV Sport 702

Upaca Penutupan Sukan Olimpik Beijing 2022

Bagi acara penutupan atau Closing Ceremony, ianya akan berlangsung pada 20 Februari 2022, hari Ahad jam 7.55 malam waktu Malaysia di saluran RTM TV2, Astro Supersport 810 dan Unifi Sport 702

Jadual Pertandingan Yang Melibatkan Wakil Malaysia

7 Februari 2022 (Isnin)

Alpine Skiing (Women's Giant Slalom)

  • Aruwain Salehuddin
    • Run 1 - 9.30 AM (MY)
    • Run 2 - 2.30 PM (MY)

9 Februari 2022 (Rabu)

Alpine Skiing (Women's Slalom)

  • Aruwain Salehuddin
    • Run 1 - 10.00 AM (MY)
    • Run 2 - 1.30 PM (MY)

16 Februari 2022 (Rabu)

Alpine Skiing (Men's Slalom)

  • Jeffrey Webb
    • Run 1 - 10.05 AM (MY)
    • Run 2 - 1.05 PM (MY)

*Akan dikemaskini sekiranya wakil negara berjaya ke peringkat seterusnya.

Anda boleh dapatkan jadual penuh bagi setiap sukan dan acara serta pungutan pingat yang dipertandingkan dan ditawarkan menerusi laman web rasmi Olympic Winter 2022 iaitu di olympics.com/beijing-2022

Harap wakil negara dapat memberikan persembahan yang terbaik dalam Temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 seterusnya membawa kilauan pingat untuk Malaysia

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post