Senarai Atlet Negara Di Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020

Senarai Atlet Negara Di Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020

Akhirnya selepas setahun ditunda, temasya sukan paling berprestij, Olimpik Tokyo 2020 berjaya di adakan. Dalam masa yang sama negara telah menyenaraikan atlet Malaysia yang telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun namanya masih Olimpik Tokyo 2020 tetapi ianya dibuat pada tahun 2021. Dunia tahu, pada tahun 2020 kita mengelami serangan globally daripada wabak COVID-19. Tokyo, Jepun juga tidak terkecuali ketika itu, dan temasya 4 tahun sekali ini terpaksa ditunda setahun.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Olimpik Tokyo 2020, anda boleh layari laman web rasmi Olimpik Tokyo di olympics.com/tokyo-2020

Temasya Olimpik Tokyo 2020

Olimpik Tokyo 2020

Pada tahun ini, tuan rumah Tokyo Jepun telah menjadi tuan rumah kepada temasya Sukan Olimpik. Secara rasmi, Olimpik Tokyo 2020 akan bermula pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021. Akan tetapi beberapa acara sukan sudah berlangsung bermula 21 Julai ini.

Temasya kali ini, pihak pengurusan telah memutuskan untuk tidak membenarkan kehadiran penonton pada venue-venue pertandingan. 

Jadi untuk rakyat Malaysia, anda boleh tonton kesemua acara sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi RTM, Astro Supersport dan Astro Arena. Ini merupakan penyiar rasmi untuk tahun ini.

  • Anda boleh tonton secara percuma menerusi siaran RTM (TV2 & TV Okey) dan juga 5 siaran secara online di tokyo2020.rtm.gov.my
  • Jika anda pengguna Sports Pek Astro, anda boleh tonton secara percuma 10 siaran khas Astro Supersport (CH 785 - CH 794) dan 3 siaran menerusi Astro GO (Langgan Astro Sports Pek)
  • Tonton percuma di Astro Arena (CH 802) secara HD

Seramai 30 atlet negara (18 wanita &12 lelaki) dan 10 sukan yang yang disertai dalam temasya kali ini. Tahun ini Malaysia mensasarkan 3 pingat daripada 3 sukan iaitu Terjun, Basikal dan Badminton. Salah satu daripadanya adalah pingat emas.

Senarai Penuh 30 Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik 2020

Senarai Atlet Negara Di Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020

Chef De Mission : Datuk Lee Chong Wei

Pembawa Jalur Gemilang : Goh Liu Ying & Lee Zii Jia

#1 - Badminton

1. Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki)
2. Soniia Cheah (Perseorangan Wanita)
3. Aaron Chia (Beregu Lelaki)
4. Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)
5. Chow Mei Kuan (Beregu Wanita)
6. Lee Meng Yean (Beregu Wanita)
7. Chan Peng Soon (Beregu Campuran)
8. Goh Liu Ying (Beregu Campuran)

#3 - Gimnastik

11. Farah Ann Abdul Hadi (Keseluruhan Individu Wanita)
12. Jeremiah Loo Phay Xing (Keseluruhan Individu Lelaki)

#4 - Golf

13. Gavin Kyle Green (Individu Lelaki)
14. Kelly Tan Guat Chen (Individu Wanita)

#5 - Memanah

15. Khairul Anuar Mohamad (Recurve Individu Lelaki)
16. Syaqiera Mashayikh (Recurve Individu Wanita)

#2 - Berbasikal Trek

9. Mohd Azizulhasni Awang (Keirin & Pecut Individu Lelaki)
10. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Keirin & Pecut Individu Lelaki)

Datuk Azizul Hasni Awang

#6 - Menembak

17. Nur Suryani Mohamed Taibi (50 meter Rifle 3 Position Wanita)

#7 - Olahraga

18. Lee Hup Wei (Lompat Tinggi)
19. Azreen Nabila Alias (100m Pecut Wanita)

#8 - Pelayaran

20. Khairulnizam Mohd Afendy (Laser Standard Lelaki)
21. Nur Shazrin Mohd Latif (Laser Radial Wanita)
22. Nuraisyah Jamil (International 470 Wanita)
23. Juni Karimah Noor Jamali (International 470 Wanita)

#9 - Renang

24. Welson Sim Wee Sheng (Gaya Bebas 200 meter & 400 meter Lelaki)
25. Phee Jing En (Kuak Dada 100 meter & 200 meter Wanita)

#10 - Terjun

26. Nur Dhabitah Sabri (3 meter Papan Anjal Wanita)
27. Ng Yan Yee (3 meter Papan Anjal Wanita)
28. Pandelela Rinong Pamg (10 meter Individu Platform & 10 meter Seirama Wanita)
29. Cheong Jun Hoong (10 meter Individu Platform)
30. Leong Mun Yee (10 meter Seirama Wanita)

1/Post a Comment/Comments

  1. Majulah sukan untuk negara
    Mudah2an ada yang membawa pulang pingat emas

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post