Saksikan Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di TV3 (Slot Samarinda)

Saksikan Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di TV3

Slot Samarinda diteruskan lagi dengan sebuah drama yang mungkin akan cetuskan kontroversi nanti berjudul Suamiku Lelaki Pendosa yang akan mula bersiaran pada 9 Februari 2022 di siaran TV3 dan Disney+ Hotsar.

Drama yang menggantikan Kau Cipta Kasih ini menceritakan tentang kehidupan mereka yang cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis yang mana pasti sedikit sebanyak akan memberikan pelbagai respon daripada penonton.

Suamiku Lelaki Pendosa merupakan sebuah diri drama televisyen Malaysia 2022 yang diadaptasi daripada novel berjudul 'Imamku Laleki Pendosa' karya Umir Nadzimah. Anda boleh dapatkan novel tersebut - DISINI

Episod : 28
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina dan Ctna Marzuki
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Saksikan Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di TV3

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang membintangi dram ini ialah Aaron Aziz, Sophia Albarakbah, Shima Anuar, Gambit Saifullah, Fauzi Nawawi, Maria Farida, Aleza Shadan, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Faez Malik, Kael, Fiza Thomas, Annie Mosha dan ramai lagi.

  • Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika
  • Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
  • Gambit Abdullah sebagai Izfairin
  • Datin Junaidah sebagai Maria Farida
  • Shima Anuar sebagai Anggun Dania
  • Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
  • Aleza Shadan sebagai Wahidah
  • Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
  • Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
  • Faez Malek sebagai Jerry
  • Fiza Thomas sebagai Maya
  • Kael sebagai Nik Safri
  • Annie Mosha sebagai Balqis

Saksikan Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di TV3

Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Drama Suamiku Lelaki Pendosa mengisahkan kehidupan Cahaya Malaika yang dahulunya seorang periang dan bertukar rentak apabila rahsia identitinya terbongkar dan dikatakan sebagai anak tak saf taraf.

Nik Safri tidak dapat menerima status Cahaya Malaika sebagai anak angkat yang tidak diketahui asal usulnya lalu menghina dan memutuskan pertunangannya dengan Cahaya.

Suatu hari, Cahaya Malaika bertemu dengan Datin Junaidah dimana dia begitu berkenan dan mahu dirinya menjadi isteri kepada anaknya, Dean Ilyas. Walaupun sepertinya perkahwinan dilakukan secara tergesa-gesa, Cahaya menerima lamaran tersebut tanpa syak wasangka.

Selepas berkahwin, Cahaya terkejut apabila mengetahui rahsia suaminya, Dean dan kawan baiknya, Izfairin yang mempunyai hubungan homoseksual iaitu hubungan sesama jenis.

Rupa-rupanya Datin Junaidah mempunyai agenda sendiri dan hanya mempergunakan Cahaya Malaika untuk menutup kekurangan pada anaknya yang luarannya tampak sempurna.

Adakah Cahaya Malaika mampu menerima takdir dan membimbing Dean ke jalan yang benar dan kembali kepada fitnah manusia? Mampukah juga Dean berubah dan meninggalkan Izfairin.

Saksikan Drama Suamiku Lelaki Pendosa Di TV3

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Suamiku Lelaki Pendosa yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis Jumaat jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 9 Februari ini.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di platform penstriman Disney+ Hotstar dengan langganan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan. Waktu tayangan lebih awal berbanding di tv.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post