Tonton Drama Kau Cipta Kasih Di TV3 (Slot Samarinda)

drama kau cipta kasih di tv3 dan disney plus hotstar

Sebuah drama konflik kekeluargaan berjudul Kau Cipta Kasih akan mula bersiaran pada 13 Januari 2022 menerusi slot Samarinda di TV3 dan juga platform penstriman Disney+ Hotstar.

Drama siri yang diinspirasikan dari novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab terbitan tahun 2010 ini bakal menggantikan drama sebelumnya Saat Kau Takluk Cinta Ini.

Episod : 15
Pengarah : Nizar Jamaluddin
Penulis Skrip : Azilah Wahab, Azlina Din
Penerbit : Sazira Abdul Aziz
Produksi : Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

drama kau cipta kasih di tv3 dan disney plus hotstar

Pelakon Dan Watak

Drama Kau Cipta Kasih bakal menampilkan pelakon utama seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, Nafiz Muaz, Norlia Ghani dan Fify Azmi.

Mereka dibantu oleh Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal dan ramai lagi

  • Nazim Othman sebagai AFIQ
  • Uyaina Arshad sebagai KHADIJAH
  • Amanda Amry sebagai HASNAH
  • Fify Azmi sebagai RAMLAH
  • Ikhram Juhari sebagai HARIS
  • Nynaa Harizal sebagai NELLY
  • Izuan Rasli sebagai RASHID

OST Drama

Judul : Pasrah
Penyanyi : Sarah Suhairi

drama kau cipta kasih di tv3 dan disney plus hotstar

Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih

Drama Kau Cipta Kasih mengisahkan bagaimana empat adik beradik yang menjadi mangsa kezaliman keluarga yang pincang dan tidak bahagia.

Idris seorang yang serba kekurangan dan sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua kerana ketempangannya. Disebabkan itu, dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Manakala Khadijah yang terpaksa memikul bebanan keluarga demi adik-beradiknya selepas ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga. Kerana itu juga dia menjadi mangsa.

Hasnah yang membawa diri ke luar negara kerana kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Dia juga mahukan rasa kasih sayang dan bahagia disamping keluarga seperti orang lain.

Ramlah pula yang telah dimanjai ayahnya lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Disebabkan itu, dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kontang sendiri.

Agaknya masih adakah peluang untuk mereka mengecap bahagia?

drama kau cipta kasih di tv3 dan disney plus hotstar

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan drama Kau Cipta Kasih yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 bermula 13 Januari ini.

Selain itu, anda boleh tonton melalui platform penstriman Disney+ Hotstar lebih awal daripada tayangan di tv. Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post