Disney+ Hotstar Bawakan Siri Terbaru MCU, Moon Knight Mulai 30 Mac 2022

siri mcu moon knight di disney+ hotstar

Pembuka siri Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk tahun 2022 adalah adalah menerusi Moon Knight yang akan mula bersiaran pada 30 Mac 2022 di platform penstriman Disney+ Hotstar untuk 6 episod.

Siri terbaru ini diarahkan oleh Justin Benson, Mohamed Diab dan Aaron Moorhead. Manakala Jeremy Slater bertindak sebagai ketua penulis.

Moon Knight menjadi debut Oscar Isaac sebagai Steven Grant atau Marc Spector dalam MCU disamping pelakon lain seperti Ethan Hawke, Ma Calamawy, F Murray Abraham, Gaspard Ulliel, Fernanda Andrade dan ramai lagi.

Sinopsis Siri Moon Knight

Steven Grant (Oscar Isaac) merupakan seorang pekerja kedai cenderahati yang mengalami gangguan identiti disosiatif. Dia mengalami kesukaran tidur dan berkongsi badan dengan tentera upahan Marc Spector.

Satu suara misteri yang selalu menganggu menguru Grant untuk kembali tidur dan menyerahkan badanya kepada Marc Spector.

Disebabkan it, ianya menganggu keadaan badan Grant sehingga dirinya selalu mengalami kejadian anih. Pada satu malam, Grant tiba-tiba terjaga di suatu tempat di Pergunungan Alpen dalam keadaan tercedera.

siri mcu moon knight di disney+ hotstar

Keadaan menjadi semakin pelik apabila dia bertemu dengan Arthur Harrow (Ethan Hawke) iaitu seorang ketua 'agama' yang mempunyai misi tersendiri untuk menjadikan bumi indah seperti syurga.

Steven Grant terkejut apabila dia terjaga di tempat tidurnya dalam keadaan yang sama seperti dia tidur sebelumnya.

Namun begitu, keadaan sekelilingnya sepertinya berbeza selepas dia terjaga. Dalam pada itu, Grant juga telah menemukan sebuah kunci dan telefon bimbit. Ketika telefon tersebut dihidupkan, terdapat 50 missed call daripada perempuan yang sama iaitu Layla.

Kemudian, Steven Grant telah menerima panggila daripada Layla sekali lagi dan menjelaskan dimana dia baru sahaja menemukan telefon tersebut di biliknya.

Namun begitu, Layla telah putuskan talian kerana pelik loghat yang digunakan oleh Marc Spector berbeza daripada sebelumnya.

Suara misteri yang muncul dalam mimpinya kini kembali dan memberi tahu Grant untuk berhenti. Jika tidak, dia akan menimpa masalah di kemudian hari.

Dia kemudian melihat bayangan yang menyeramkan disebalik cermin sehinggakan membuatkan Grant berlari ke jalan raya.

siri mcu moon knight di disney+ hotstar

Di situlah, dia melihat satu makhluk misteri yang dikenali sebagai Khonsu, dewa Bulan Mesir. Dia juga bertemu dengan Arthur Harrow yang mana sebelum ini hanya muncul dalam mimpi Grant sahaja.

BACA : Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Ikuti kisah seterusnya di Disney Plus Hotstar melanggan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan di hotstar.com/my atau melalui aplikasi Disney+

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post