Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Menyusuli Do You Love Me Captain, saksikan drama terbaru Melur Untuk Firdaus yang akan menemui penonton pada 27 Mei 2022, setiap Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan strim secara online di Disney+ Hotstar www.hotstar.com/my

Drama 28 episod ini merupakan adaptasi novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta yang kini diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria dengan penulisan skrip oleh Wan Mahani Wan Hasan.

Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus

Drama bersiri Melut Untuk Firdaus menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik antaranya ialah Anna Jobling, Meerqen, Fimie Don, Nisa Idrus, Haleeda Mazlin, Zainon Ismail, Azhar Amir, Hairi Safwan, Hani Hazrina, Zac Zaky dan ramai lagi.

  • Anna Jobling sebagai Melur
  • Meerqen sebagai Firdaus
  • Fimir Don sebagai Haris
  • Nisa Idrus sebagai Dee

⏩ Tonton Drama Melur Untuk Firdaus - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Firdaus Iskandar yang dipaksa berkahwin dengan Melur kerana atas kehendak ibu bapanya walaupun dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee.

Oleh sebab itu, Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin.

Dalam masa yang sama juga, Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post