Drama Do You Love Me Captain Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Do You Love Me Captain Di TV3

Menyusuli Kerana Dia Suka, draam Do You Love Me Captain akan mengisi slot Lestary bermula 13 April 2022 yang akan disiarkan di saluran TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Drama bersiri 25 episod yang diinspirasikan (adaptasi) dari novel Do You Love Me Captain karya Sophilea merupakan terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria.

Episod : 25
Tayangan : Slot Lestary di TV3 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Adam Hamid
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Drama Do You Love Me Captain Di TV3

Barisan Pelakon

Do You Love Me Captain menampilan pelakon-pelakon baru berbakat seperti Ali Reza Kavoossi, Sharifah Rose, Azim Yusof dan Hazeeq Dean.

Mereka dibantu oleh Noniswara Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong, Izzendra, Tisya dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Ali Reza sebagai Captain Darish Dzaqrie
  • Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra
  • Noniswara sebagai Dr. Anis
  • Faye Kusairi sebagai Harlina
  • Syainie Aida sebagai Zara
  • Hazeeq Dean sebagai Hakim
  • Azim Yusof sebagai Idlan
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
  • Kartina Aziz sebagai Tok Mama
  • Daniel Fong sebagai Adam

OST Drama

Tajuk Lagu : Do You Love Me Captain
Penyanyi : Firdaus Rahmat
Komposer : Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik : Firdaus Ramat & Omar K

Sinopsis Drama Do You Love Me Captain

Drama Do You Love Me Captain mengisahkan Daneena Dura yang telah diculik oleh makciknya yang mempunyai rancangan jahat untuk mengaut harta miliknya. Walaubagaimanapun, dia terselamat dan telah melarikan diri dan telah sampai kesebuah rumah milik Darish Dzaqrie.

Darish hanya perasan kehadiran Daneena selepas dia pulang bercuti dimana telah dikejutkan dengan seorang wanita yang bersembungi di dalam almari miliknya. Dari itu, Daneena menumpang rumahnya dan menyamar sebagai pembantu rumah (maid).

Darish merupakan seorang bekas Pilot tetapi dipaksa bekerja sebagai CEO di syarikat keluarganya bagi menggantikan abangnya yang dibuang keluarga. Namun, Darish tidak berminat dengan kerjanya yang mana passionnya hanya di lapangan.

Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidupnya sebagai orang gaji di rumah itu. Berjayakah rancangan mereka?

Drama Do You Love Me Captain Di TV3

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Do You Love Me Captain bermula 13 April ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Selain itu, anda boleh strim secara online di Disney+ Hotstar di www.hotstar.com/my atau menerusi aplikasi mudah alih dengan melanggan sebanyak RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Tonton Semua Episod Do You Love Me Captain

TONTON DISINI

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Do You Love Me Captain Di TV3 (Slot Lestary)"