Jadual Perlawanan Badminton Individu Sukan SEA Vietnam 2021

Jadual Perlawanan Badminton Sukan SEA Vietnam 2021 (Individu)

Selepas melakar kejayaan merangkul Pingat Perak di acara Berkumpulan, kini atlet badminton Malaysia bergerak ke acara sukan Badminton Individu Sukan SEA Vietnam 2021 yang akan bermula pada 19 Mei hingga 22 Mei 2022.

BACAKeputusan Perlawanan Badminton Sukan SEA Vietnam 2021 (Berkumpulan)

Acara ini juga akan berlangsung di venue yang sama iaitu di Bac Giang Gymnasium tetapi kali ini dengan mempertaruhkan 5 kategori iaitu Perseorangan Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki dan Wanita beserta Beregu Campuran.

Berbeza dengan acara Berkumpulan yang hanya menawarkan 2 pingat Emas, untuk acara Individu ini, ianya menawarkan keseluruhan 5 pingat Emas yang boleh dirangkul bagi setiap negara yang bertanding bagi setiap kategori.

Senarai Pemain Badminton Malaysia Dalam Temasya Sukan SEA Hanoi 2021

Senarai pemain badminton negara masih sama dengan senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (FAM) bagi acara berkumpulan sebelum ini.

Pemain Badminton Malaysia Dalam Temasya Sukan SEA Hanoi 2021

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Individu Di Sukan SEA Vietnam 2021/2022

Untuk acara badminton individu, ianya dilangsung selama 4 hari dengan format kalah mati bermula peringkat 16 terbaik, Suku Akhir, Separuh Akhir dan peringkat Akhir untuk memenangi pingat Emas.

Sama seperti acara sebelumnya, peminat badminton tanah air boleh saksikan secara langsung menerusi Astro Arena 801, Astro Go dan Sooka.my. Manakala di saluran RTM menerusi TV Okay, Sukan RTM dan rtmklik.rtm.gov.my

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Facebook rasmi dan Youtube rasmi SEA Games sepanjang perlawanan dan beberapa channel youtube lain juga.

Berikut merupakan jadual penuh bagi acara badminton individu di SEA Games Vietnam 2021 yang hanya melibatkan atlet Malaysia sahaja

19 Mei 2022 (Khamis) - Pusingan 16

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia

INSYIRAH Khan/Z R Bernice LIM (SIN) - WD
[10-21, 21-14, 21-18]
GO Pei Kee/YAP Ling (MAS)

DE GUZMAN Mikaela Joy (PHI) - WS
[21-14, 21-17]
LOH Zhi Wei (MAS)

LEE Shun Yang (MAS) - MS
[21-5, 21-4]
Phonesack SOKTHAVY (LAO)

LOH Kean Yew [1] (SIN) - MS
[18-21, 21-15, 21-11]
KOK Jing Hong (MAS)

PHAM T K/V A THAN (VNM) - WD
[17-21, 21-13, 14-21]
CHEAH Yee See/CHENG Su Hui (MAS)

Tuan Duc DO/H N PHAM (VNM) - MD
[WO - WALKOVER]
MAN Wei Chong[3]/Kai Wun TEE (MAS)

CHEN T Jie[4]/PECK Yen Wei (MAS) - XD
[21-5, 21-9]
Vannthoun VATH/Sok SOMALYTA (LAO)

VORLASING/KOMMANIVANH (LAO) - XD
[7-21, 7-21]
HOO Pang Ron [2]/CHEAH Yee See (MAS)

Yue Yann Jaslyn HOOI (SIN) - WS
[19-21, 11-21]
Siti NURSHUHAINI (MAS)

KUSUMAWARDANA/RAMBITAN (INA) - MD
[21-13, 17-21, 21-14]
ARIF Junaidi/Muhammad HAIKAL (MAS)

----------------------------------------------

20 Mei 2022 (Jumaat) - Suku Akhir

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia

CHAROENKITAMORN/KANLAHA (THA) - XD
[8-21, 16-21]
HOO Pang Ron [2]/CHEAH Yee See (MAS)

CHEN T Jie[4]/PECK Yen Wei (MAS) - XD
[21-19, 21-19]
HEE Y K Terry/TAN W H Jessica (SIN)

Pornpawee CHOCHUWONG [1] (THA) - WS
[21-17, 21-8]
Siti NURSHUHAINI (MAS)

LEE Shun Yang (MAS) - MS
[11-21, 11-21]
VITIDSARN Kunlavut (THA)

CHEAH Yee See/CHENG Su Hui (MAS) - WD
[21-13, 21-11]
Airah ALBO/Thea POMAR (PHI)

----------------------------------------------

21 Mei 2022 (Sabtu) - Separuh Akhir

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 2.00 petang waktu Malaysia

CHEAH Yee See/CHENG Su Hui (MAS) - WD
[16-21, 6-21]
B AIMSAARD [2]/N AIMSAARD (THA)

Rinov RIVALDY [1]/MENTARI (INA) - XD
[22-20, 13-21, 18-21]
CHEN T Jie[4]/PECK Yen Wei (MAS)

A MAULANA [3]/BANDASO (INA) - XD
[18-21, 16-21, 17-21]
HOO Pang Ron [2]/CHEAH Yee See (MAS)

----------------------------------------------

22 Mei 2022 (Ahad) - Final

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 1.00 petang waktu Malaysia

Pornpawee CHOCHUWONG [1] (THA) - WS
[21-14, 21-16]
Phittayaporn CHAIWAN (THA)

CHEN T Jie[4]/PECK Yen Wei (MAS) - XD
[15-21, 21-19, 21-13]
HOO Pang Ron [2]/CHEAH Yee See (MAS)

Apriyani RAHAYU/RAMADHANTI (INA) - WD
[21-17, 21-14]
B AIMSAARD [2]/N AIMSAARD (THA)

KUSUMAWARDANA [1]/RAMBITAN (INA) - MD
[21-17, 21-19]
Leo Rolly CARNANDO [2]/Daniel MARTHIN (INA)

LOH Kean Yew [1] (SIN) - MS
[13-21, 13-21]
Kunlavut VITIDSARN [2] (THA)

----------------------------------------------

Keputusan Pingat

[Perseorangan Lelaki]

Emas - Thailand
Perak - Singapura
Gangsa - Singapura & Vietnam

[Perseorangn Wanita]

Emas - Thailand
Perak - Thailand
Gangsa - Indonesia & Indonesia

[Beregu Lelaki]

Emas - Indonesia
Perak - Indonesia
Gangsa - Singapura & Vietnam

[Beregu Wanita]

Emas - Indonesia
Perak - Thailand
Gangsa - Malaysia & Singapura

[Beregu Campuran]

Emas - Malaysia
Perak - Malaysia
Gangsa - Indonesia & Indonesia

Untuk dapatkan jadual senarai pemain dan keputusan perlawanan keseluruhan bagi acara sukan badminton individu, anda boleh pergi ke laman web rasmi di seagames2021.com atau di laman web BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Sekali lagi, semoga atlet Malaysia dapat menghadiahkan pingat untuk Malaysia dalam acara badminton individu di Sukan SEA Vietnam 2021 kali ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post