Jadual Perlawanan Badminton Sukan SEA Vietnam 2021 (Berkumpulan)

Jadual Perlawanan Acara Badminton Berkumpulan Sukan SEA Vietnam 2021

Kini sudah tibanya pemain-pemain badminton negara pula beraksi dalam temasya Sukan SEA 2021 apabila acara Badminton Berkumpulan akan bermula pada 16 hingga 18 Mei 2022 yang berlangsung di Bac Giang Gymnasium.

Bagi acara Badminton untuk temasya kali ini masih seperti edisi sebelum-sebelumnya dimana terdapat 2 kategori utama iaitu acara berkumpulan lelaki dan wanita serta kategori individu yang melibatkan perseorangan lelaki, wanita, regu lelaki dan wanita dan regu campuran.

Untuk pengetahuan, selepas habis acara berkumpulan akan diadakan bagi acara individu pula iaitu bermula 19 hingga 22 Mei 2022.

BACA : Jadual Perlawanan Badminton Sukan SEA Vietnam 2021 (Individu)

Jadi untuk kategori berkumpulan terdapat 2 pingat emas yang ingin direbut oleh pasukan bertanding iaitu bagi pasukan lelaki dan pasukan wanita. Manakala bagi kategori individu, jumlah kesemunya adalah 5 pingat emas.

Untuk acara Badminton Berkumpulan, pasukan yang bertanding akan melalui pusingan kalah mati dengan melibatkan 6 negara untuk Berkumpulan Wanita dan 8 negara untuk Berkumpulan Lelaki. Berikut merupakan senarai negara yang bertanding

  • Berkumpulan Lelaki : Indonesia, Kemboja, Thailand, Filipina, Laos, Singapura, Vietnam dan Malaysia
  • Berkumpulan Wanita : Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia dan Indonesia

Senarai Pemain Badminton Malaysia Dalam Temasya Sukan SEA Hanoi 2021

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (FAM) telah menyenaraikan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di SEA Games kali ini. Berikut merupakan senarai pemain negara yang dipilih

Senarai Pemain Badminton Malaysia Dalam Temasya Sukan SEA Hanoi 2021

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Berkumpulan Di Sukan SEA Vietnam 2021

Sukan SEA Vietnam 2021 secara rasminya telah berlangsung bermula 12 Mei hingga 23 Mei 2021 dengan melibatkan 11 buah negara bagi mengejar pingat emas dalam 526 acara bagi 40 jenis sukan.

Astro Arena 801, Astro Go dan Sooka.my akan membawakan siaran langsung bagi acara yang melibatkan pasukan Malaysia sepanjang temasya berlangsung. Manakala RTM daripada TV Okey, Sukan RTM dan rtmklik.rtm.gov.my membawakan liputan harian pada sebelah malam.

Jadi anda boleh tonton acara secara live menerusi siaran yang dibawakan terus ke kaca tv rumah anda atau tonton secara striming di platform yang terpilih. Selain itu, boleh juga tonton di facebook rasmi dan Youtube rasmi SEA GAMES.

Berikut merupakan jadual penuh bagi acara Badminton Berpasukan Lelaki dan Wanita hanya melibatkan pasukan dan atlet Malaysia sahaja.

16 Mei 2022 (Isnin) - Suku Akhir

[Berpasukan Lelaki]

Perlawanan pembukaan akan bermula sekitar jam 4.00 petang waktu Malaysia

  • Indonesia (3) - (0) Kemboja
  • Thailand (3) - (0) Filipina
  • Laos (0) - (3) Singapura
  • Vietnam (1) - (3) Malaysia

Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3 | Link 4 | TV Okey

Tien Minh NGUYEN (VNM) - MS1
[21-14, 24-26, 21-7]
KOK Jing Hong (MAS)

Tuan Duc DO/Hong Nam PHAM (VNM) - MD1
[8-21, 22-20, 18-21]
MAN Wei Chong/Kai Wun TEE (MAS)

LE Duc Phat (VNM) - MS2
[19-21, 25-27]
LEE Shun Yang (MAS)

Dinh Hoang NGUYEN/Dinh Manh TRAN (VNM) - MD2
[21-15, 12-21, 20-22]
ARIF Junaidi/Muhammad HAIKAL (MAS)

Tien Tuan NGUYEN (VNM) - MS3
[Not Play]
Muhammad SHAQEEM EIMAN (MAS)

[Berpasukan Wanita]

Perlawanan pembukaan akan bermula sekitar jam 10.00 pagi waktu Malaysia

  • *Thailand dan Indonesia mara ke peringkat seterusnya secara automatik
  • Singapura (3) - (0) Filipina
  • Vietnam (3) - (1) Malaysia

Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3

NGUYEN, Thuy Linh (VNM) - WS1
[21-9, 21-8]
Siti NURSHUHAINI (MAS)

Thi Trang (B) VU (VNM) - WS2
[21-9, 21-7]
Siti ZULAIKHA (MAS)

T P H DINH/Thi Hoai DO (VNM) - WD1
[21-12, 15-21, 16-21]
GO Pei Kee/YAP Ling (MAS)

Thi Anh Thu VU (VNM) - WS3
[21-13, 21-15]
ONG Xin Yee (MAS)

Thuy Linh NGUYEN/Thi Trang (B) VU (VNM) - WD2
[Not Play]
CHEAH Yee See/CHENG Su Hui (MAS)

-----------------------------------------------

17 Mei 2022 (Selasa) - Separuh Akhir

[Berpasukan Lelaki]

  • Indonesia (2) - (3) Thailand
  • Malaysia (3) - (2) Singapura

Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3

LOH Kean Yew (SIN) - MS1
[21-12, 21-12]
KOK Jing Hong (MAS)

HEE Y Kai Terry/LOH Kean Hean (SIN) - MD1
[21-19, 21-13]
ARIF Junaidi/MAN Wei Chong (MAS)

Jia Heng Jason TEH (SIN) - MS2
[12-21, 23-21, 16-21]
LEE Shun Yang (MAS)

D B CHRISNANTA/Andy KWEK (SIN) - MD2
[17-21, 15-21]
CHEN Tang Jie/Muhd HAIKAL (MAS)

Jia Wei Joel KOH (SIN) - MS3
[10-21, 17-21]
Muhd SHAQEEM EIMAN (MAS)


[Berpasukan Wanita]

Perlawanan pembukaan akan bermula sekitar jam 10.00 pagi waktu Malaysia

  • Thailand (3) - (0) Singapura
  • Vietnam (1) - (3) Indonesia

-----------------------------------------------

18 Mei 2022 (Rabu) - Final

[Berpasukan Lelaki]

  • Thailand (3) - (0) Malaysia

Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3

Kunlavut VITIDSARN (THA) - MS1
[10-21, 15-21]
KOK Jing Hong (MAS)

CHAROENKITAMORN/YORDPHAISONG (THA) - MD1
[22-20, 22-20]
MAN Wei Chong/Kai Wun TEE (MAS)

Khosit PHETPRADAB (THA) - MS2
[16-21, 21-13, 21-19]
LEE Shun Yang (MAS)

P SUKPHUN/P TEERARATSAKUL (THA) - MD2
[Not Play]
CHEN Tang Jie/Muhammad HAIKAL (MAS)

Panitchaphon TEERARATSAKUL (THA) - MS3
[Not Play]
Muhammad SHAQEEM EIMAN (MAS)

[Berpasukan Wanita]

  • Thailand (3) - (0) Indonesia

Keputusan Pingat

[Berpasukan Lelaki]

Emas : Thailand
Perak : Malaysia
Gangsa : Singapura & Indonesia

[Berpasukan Wanita]

Emas : Thailand
Perak : Indonesia
Gangsa : Singapura & Vietnam

Untuk dapatkan jadual, senarai pemain dan keputusan perlawanan keseluruhan bagi acara badminton berkumpulan lelaki dan wanita, anda boleh pergi ke laman web rasmi di seagames2021.com

Semoga Malaysia meraih kemenangan dan membawa pingat emas untuk negara!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post