Cara Sambungkan Kad Samsung Pay Di Galaxy Watch Tanpa Menggunakan Telefon Samsung

cara sambungkan kad samsung pay di galaxy watch tanpa telefon samsung

Inilah keistimewaan jam pintar Samsung atau Galaxy Watch daripada Samsung apabila Samsung Pay boleh digunakan pada jam sahaja walaupun anda tidak mempunyai peranti atau telefon Samsung.

Ini bermakna anda masih boleh menggunakan Samsung Pay terus daripada Galaxy Watch sahaja walaupun anda menggunakan smartphone Android daripada mana-mana jenama sekali pun dan tidak menggunakan jenama Samsung.

Berbeza dengan produk Apple, sebagai contoh jika anda ingin menggunakan Apple Pay pada iWatch anda perlu ada iPhone untuk sambungan. Jika tidak, anda tidak boleh menggunakan ciri Apple Pay yang ada pada iWatch tersebut.

Kad Yang Boleh Didaftarkan Dalam Samsung Pay

Setakat ini hanya Maybank yang menerima pengguna kad prepaid seperti kad MAE. Anda boleh daftar MAE Maybank disini.

Ini senarai kad bank yang diterima bagi penggunaan Samsung Pay iaitu CIMB Bank, Citibank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered

kad bank diterima samsung pay

Senarai Galaxy Watch Yang Menyokong Samsung Pay

Sebelum anda ingin aktifkan Samsung Pay di Galaxy Watch anda, perlu untuk anda ketahui bukan semua jenis jam disediakan ciri pembayaran ini. Berikut merupakan senarai Galaxy Watch yang mempunyai ciri Samsung Pay

Sekiranya anda mempunyai galaxy watch versi Gear S3 dan ke atas sehingga yang terbaru, kesemuanya menyokong Samsung Pay.

Cara Sambungkan Kad Samsung Pay Di Galaxy Watch Tanpa Telefon Samsung

Jika anda sudah mempunyai Galaxy Watch yang menyokong Samsung Pay, kemudian anda perlu ada aplikasi Samsung Pay. Walaubagaimanapun hanya peranti Samsung sahaja yang mempunyai aplikasi Samsung Pay, selain itu, phone Android lain hanya perlu install Plug-In Samsung Pay. Yang penting phone mesti Android 5.0 ke atas.

Anda boleh install Samsung Pay (Watch Plug-in) di Google Play Store secara percuma. Disebabkan ianya plug-in sahaja, jadi anda tidak akan jumpa aplikasi tersebut dalam telefon anda. Untuk akses, anda perlu buka menerusi Google Play Store. Boleh search sahaja Samsung Pay.

Pastikan juga semasa buat pendaftaran kad di Samsung Pay, telefon dan Galaxy Watch anda bersambung antara satu sama lain. Jangan matikan sambungan bluetooth.

Macam aku gunakan Galaxy Watch Active 2 bersama Google Pixel 4 dengan menggunakan Kad Kredit Visa Public Bank. Jadi langkah-langkahnya adalah seperti berikut yang pastinya sama sahaja seperti peranti-peranti bukan Samsung yang lain.

1.  Sesudah buka plug-in Samsung Pay, klik OK dan Sign in akaun Samsung anda. Jika masih tiada, perlu daftar terlebih dahulu.

2.  Jika sudah daftar atau sign in akaun, anda kini boleh mula untuk tambahkan kad pada Samsung Pay anda. Klik pada Add Card

cara sambungkan kad samsung pay di galaxy watch tanpa telefon samsung

3.  Anda boleh masukkan kad secara automatik dengan tangkap gambar kad anda yang mempunyai nombor kad dalam frame yang ditetapkan. Selain itu, boleh juga masukkan secara manual dengan klik pada Add card manually

4.  Jika sudah tambahkan kad tersebut, anda boleh sahkan atau verify dengan cara yang ditetapkan sama ada menerusi SMS, emel atau telefon bank. Lebih mudah gunakan SMS sahaja.

5.  Verification code akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan pad kad tersebut. Anda hanya perlu masukkan sahaja kod tersebut dan klik Submit

6.  Jika sudah, maka akan terpapar Registration complete bermakna sudah berjaya. Anda hanya perlu klik Done sahaja

cara sambungkan kad samsung pay di galaxy watch tanpa telefon samsung

Cara Gunakan Samsung Pay Di Galaxy Watch

Untuk pengetahuan, Samsung Pay di Galaxy Watch anda tidak perlukan sambungan internet pun kerana ianya menggunakan NFC sahaja.

  1. Tekan lama-lama Back Key (butang atas) pada Galaxy Watch dan masukkan no. pin sekiranya ada dan sehinggalah Samsung Pay terpapar pada skrin
  2. Jika anda mempunyai kad lebih daripada satu, anda boleh pilih kad mana yang anda ingin gunakan. Swipe kiri atau kanan untuk pilih kad
  3. Jika sudah pilih, boleh dekatkan jam anda dengan terminal pembayaran di kedai tersebut. Lakukan sama sahaja seperti anda membayar menggunakan kad debit atau kad kredit.

cara gunakan samsung pay di galaxy watch

Jika anda ingin buat pembayaran di kedai, bagi tahu sahaja anda ingin bayar guna kad secara wave. Kalau bagi tahu guna Samsung Pay, takut cashier tu tak faham atau mungkin mereka bagi tahu tak support. Sebenarnya ianya sama sahaja seperti bayar guna kad.

Sekiranya anda ingin lihat setiap transaksi Samsung Pay yang digunakan di Galaxy Watch anda, buka sahaja plug-in Samsung Pay di telefone anda tersebut. Akan dipaparkan setiap transaksi pembayaran yang telah berlaku.

Ingat pengguna iPhone je boleh guna Apple Pay, pengguna Android pun boleh dengan menggunakan Samsung Pay dari Galaxy Watch.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post