Cara Daftar MAE Maybank Dan Dapatkan RM3 Secara Percuma

Cara Daftar MAE Maybank

Mungkin kita dah biasa dengan sistem e-Dompet atau e-Wallet dimana kita boleh topup duit dengan apa-apa nilai dan masukkan atau simpan di dalam aplikasi sahaja. Itulah fungsi yang disediakan menerusi MAE Maybank.

Secara asas ianya berfungsi sama seperti e-Wallet yang lain seperti Touch 'N Go eWallet, Big Pay, Boost, Grab dan sebagainya. Semunya menggunakan aplikasi tetapi MAE Maybank ada keistimewaan iaitu mereka juga menyediakan kad fizikal. Jadi sediki sebanyak sama seperti Big Pay.

MAE adalah dibawah Maybank, tetapi anda tidak semestinya mempunyai akaun Maybank untuk menggunakan eWallet MAE ini. Anda pengguna Maybank, boleh guna MAE, anda bukan pengguna Maybank pun boleh guna MAE tanpa perlu daftar akaun Maybank pun.

Jadi Jika anda berminat untuk daftar akaun MAE, anda boleh ikuti langkah dibawah sama ada bagi pengguna Maybank atau bukan pengguna Maybank.

Cara Daftar MAE Maybank

Perkara utama untuk anda mulakan adalah dengan muat-turun atau download terlebih dahulu aplikasi MAE by Maybank2u di Play Store atau App Store secara percuma.

Promosi untuk pengguna baru daftar, masukkan kod ABA09065 untuk dapatkan RM3 secara percuma

Cara Daftar MAE Untuk Bukan Pengguna Maybank

Buka aplikasi MAE di smartphone anda. Jika anda bukan pengguna Maybank, pada halaman utama pilih 'Apply For MAE Account'

Pada bahagian kod referal masukkan 'ABA09065' untuk dapatkan RM3 secara percuma

Cara Daftar MAE Maybank

Kemudian lengkapkan butiran peribadi seperti nama penuh dan nombor telefon dan klik 'Continue'

Cara Daftar MAE Maybank

Untuk proses pengesahan, anda perlu ambil gambar MyKad anda depan dan belakang. Jika suadh selesai, pergi ke proses seterusnya dengan klik pada 'Continue'

Cara Daftar MAE Maybank

Seterusnya cipta ID Maybank2u anda iaitu dengan masukkan username dan password. Anda perlu ingat, ianya akan digunakan sepanjang masa. Jangan dedahkan pada orang lain.

Cara Daftar MAE Maybank

Jika sudah, akaun anda kini sudah aktif dan anda boleh digunakan. Boleh topup terlebih dahulu untuk buat proses pembayaran kelak. Selesai!

Cara Daftar MAE Maybank

Cara Daftar MAE Untuk Pengguna Maybank

Manakala untuk pengguna Maybank pula, jika anda buka aplikasi MAE, anda perlu pilih 'Existing M2U' dan kemudian login akaun Maybank2u anda seperti biasa.

Kemudian klik pada tab 'More' dan pilih 'Apply'

Cara Daftar MAE Maybank

Klik 'Apply for MAE' untuk mulakan pendaftaran. Jika sudah selesai, klik 'Next'

Cara Daftar MAE Maybank

Masukkan password Maybank2u anda sekali lagi. Disini anda perlu masukkan alamat emel dan kod ABA09065 untuk dapatkan RM3 secara percuma.

Cara Daftar MAE Maybank

Jika sudah selesai, akaun MAE anda kini sudah diaktifkan.

Cara Daftar MAE Maybank

Jadi untuk pengguna Maybank, anda boleh guna akaun Maybank anda atau akaun eWallet MAE anda dalam satu aplikasi sahaja.

Cara Dapatkan Kad MAE

MAE ada menyediakan kad fizikal. Ianya sebuah kad MyDebit VISA dimana fungsinya sama seperti kad debit bank anda. Boleh digunakan dimana-mana premis yang menerima pembayaran kad secara pin atau paywave.

Tambahan pula, kad MAE juga boleh disambungkan dengan Apple Pay yang kini sudah rasmi masuk ke Malaysia. Kad ini adalah berharga RM8 dan ianya akan dihantar terus ke rumah anda selepas selesai buat permohonan.

  1. Masuk ke aplikasi MAE anda dan klik tab 'More'
  2. Kemudian pilih MAE Card dan klik 'Continue'
  3. Seterusnya anda perlu masukkan butiran alamat untuk proses penghantaran kad tersebut.
  4. Selesai

Kad tersebut akan sampai kepada anda dalam tempoh 7 hari bekerja.

Cara Dapatkan Kad MAE


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post